BANYAK kisah melibatkan nafkah anak-anak yang 'tertunggak' susulan penceraian ibu bapa yang dipaparkan di media sosial. Bagi kebanyakan kes, si bapa didapati culas memberikan nafkah buat anak-anak di bawah jagaan bekas isteri, lebih-lebih lagi apabila sudah berkahwin lain. Sekadar makluman, ia merupakan suatu nafkah wajib ke atas seseorang bagi menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau orang lain. Namun inilah realiti yang berlaku dalam kebanyakan kes yang diadu ke mahkamah syariah, sebagaimana perkongsian seorang peguam, Suriati Ghani. Dalam salah satu kes yang dikendalikannya, seorang bapa tergamak memberikan anaknya hanya RM100 bagi keperluan makan dan minum setiap bulan. Apabila berlaku penceraian, lazimnya ia akan memberi kesan kepada anak-anak. "Situasi perbicaraan kes nafkah anak di mahkamah syariah. RM100 untuk makan minum sebulan bersamaan RM3.30 sehari. "Apa agaknya makanan yang dapat dimakan RM3.30 sehari? Sarapan nasi lemak sebungkus sekarang ada RM1.50, roti canai pun boleh dapat sekeping dengan harga yang sama, selebihnya RM1.80 lagi untuk makan tengahari dan makan malam," kongsinya. ARTIKEL BERKAITAN: Dulu isteri dapat RM10 seminggu je, lepas cerai terus tuntut nafkah tertunggak... Puas hati bekas suami kena bayar hampir RM70,000 ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil anak bos! Suami kerja offshore terus lafaz cerai, tarik nafkah RM8,000... Peguam syarie beri nasihat elak perempuan ‘play victim’ Sudahlah berkira dengan darah daging sendiri, si bapa pula memperuntukkan perbelanjaan untuk makan minum sendiri sebanyak RM600 sebulan ataupun bersamaan RM20 sehari. "Sanggup si ayah mencatu makanan anak RM1.80 untuk makan tengahari dan makan malam tapi makanan untuk diri sendiri tidak dicatu. "Ada pula yang cakap nanti, 'dah itu sahaja yang ayah mampu'. Kalau hanya mampu bagi nafkah makan minum anak RM100 sebulan, maka komitmen untuk makan minum diri sendiri juga perlu sama RM100 sebulan, selebihnya boleh disalurkan kepada keperluan lain. "Cuba tanya ayah, cukup tak untuk diri sendiri makan RM100 sebulan?" tulisnya dalam perkongsian tersebut. Masalah apabila bercerai. Si bapa akan automatik tak ada duit. NETIZEN Ternyata perkongsian peguam mengenai kes nafkah anak mengundang pelbagai reaksi warga maya sehingga meraih lebih 36,000 tontonan di TikTok. Malah, ada yang berkongsi cerita mengenai pengalaman masing-masing yang hampir sama, di mana bekas suami memberikan pelbagai alasan untuk mengelak daripada memberi nafkah anak. Antara komen netizen terhadap perkongsian kisah Suriati. "Masalah apabila bercerai. Si bapa akan automatik tak ada duit. Tapi saya takkan biarkan anak hidup susah... saya lawan habis-habisan. "Masalahnya anak minta RM100 untuk beli buku pun kena maki hamun macam minta RM10,000. "Macam bekas suami saya hanya mampu beri RM150 untuk tiga anak. Saya mohon Allah beri dia hidayah dengan sepenuhnya, dan moga beri saya kekuatan pada setiap langkah," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube