suria

Serba boleh! Abang rider jadi spy pula... Jangan pecah rahsia, suri rumah pasang niat nak upah pantau suami

Penghantar makanan serba boleh melakukan tugasan.

BERGELAR seorang rider bukan sekadar menghantar makanan atau barangan pelanggan sahaja.

Di media sosial, mereka diangkat sebagai serba-boleh kerana ada kalanya turut mengawal lalu lintas ketika berlaku kesesakan, membantu mangsa kemalangan dan menyelamatkan haiwan.

Senang cerita, golongan rider ini juga boleh dikatakan mampu melakukan pelbagai tugasan atau multitasking.

Terbaharu, seorang penghantar makanan mendedahkan dirinya menerima satu tugasan yang 'rare'.

Penghantar makanan mencari rezeki tanpa mengira siang atau malam. -Gambar hiasan

"Rider jadi penyiasat persendirian," tulisnya menerusi satu perkongsian di Facebook yang kini turut tular di pelbagai platform media sosial.

Dia turut memuat naik tangkap layar perbualan daripada aplikasi perkhidmatan itu bersama pelanggannya yang merupakan seorang wanita.

Berdasarkan perbualan tersebut, wanita itu meminta penghantar barangan berkenaan untuk membuat tinjauan ke atas kenderaan suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider dah tak boleh buat job, pasrah jalan kaki selepas motor disita -“Mesti tengah fikir macam mana nak cari duit”

ARTIKEL BERKAITAN: Rider terduduk balik rumah, tenung sebiji kek pelanggan reject... Duit ‘terbang’ bayar refund - “Suami dah bawa motor sehabis baik”

"Assalam adik, akak nak suruh kerja senang sahaja. Tengok kereta suami akak ada tak di rumah. Dekat parking rumah akak," katanya.

Berdasarkan perbualan tersebut, difahamkan wanita itu menempah perkhidmatan rider itu kononnya untuk mengambil barangan di rumahnya, dan dia tidak berada di rumah ketika itu.

Macam-macam pula kerja rider sekarang.

NETIZEN

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesudahan situasi yang berlaku memandangkan rider berkenaan tidak mendedahkan secara terperinci perbualannya bersama pelanggan wanita itu.

Sementara itu, menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan tawaran yang diterima penghantar barangan berkenaan.

komen grab baru

Komen netizen terhadap perkongsian rider berkenaan.

"Idea bagus ni kak, senang nak memantau. Membantu kami yang suri rumah terperap saja tak dapat nak skodeng laki dekat tempat kerja.

"Macam-macam pula kerja budak rider sekarang. Jangan pecah rahsia sudah.

"Lepas ni abang rider boleh tambah skop kerja baharu jadi penyiasat persendirian," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain