LULUH hati seorang bapa melihat bayi kesayangan terbujur kaku. Demikian ujian berat yang dilalui Pijie mengenai anak perempuannya, Nur Ayla Imani yang hanya 'dipinjam' selama dua bulan. Menerusi luahan di media sosial, timbul rasa terkilan kerana tidak dapat berada di sisi puteri kesayangannya di saat akhir sebelum pemergian yang menyayat hati itu. "Saya menyesal sangat pergi masuk kerja. Saya tak dapat tengok keadaan Ayla masa dia pergi (meninggal). "Saya balik kerja nak mandikan dia tapi Ayla tak menyahut. Saya ingatkan dia tidur, kejut-kejut tak bangun. Ujian berat Pijie berhadapan dengan pemergian anak berusia dua bulan. "Saya dah macam 'orang gila' berlari tak tahu nak buat apa. Saya kecewa sangat. Allah bagi pinjam anak syurga si comel ni sekejap dua bulan. Saya dan isteri terima dengan hati yang terbuka," luahnya dalam perkongsian video. Menerusi rakaman berdurasi 58 saat itu, dia mengimbas kembali kenangan sewaktu anaknya dimasukkan di sebuah hospital di selatan tanah air. Dia bagaimanapun tidak mendedahkan penyakit atau punca kematian anaknya. Dengan perasaan sayang sepenuh hati, dia kerap melawat anaknya dan menemani isterinya di hospital sehingga sanggup mengambil cuti. "Masa ni teruja sangat dapat tahu tarikh anak nak keluar. Saya ulang alik pergi hospital setiap hari sebab nak tunggu Ayla keluar. Saya ambil cuti awal. ARTIKEL BERKAITAN: Bayi meninggal dalam bas, tak sempat sampai hospital untuk rawatan... Ibu hanya mampu peluk, kucup anak berkali-kali ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat OOTD foto raya bertiga, anak ‘habis nyawa’ dalam pelukan ibu 2 hari sebelum Aidilfitri... Tangisan pelik petanda hujung usia "Kadang-kadang saya tak balik rumah sebab penat sangat seharian teman isteri. Lama nak tunggu anak keluar. Hari-hari datang hospital sampai bos ayah buang kerja. "Tapi tak apa rezeki tu ada di mana-mana janji ayah gembira dapat jumpa anak ayah ni," ujarnya. Pijie turut berkongsi rakaman menunjukkan kenangan bersama anaknya yang ketika itu discaj dari hospital. Jelas tergambar keterujaannya menggalas tanggungjawab sebagai bapa dan berpeluang untuk menjaga anaknya. Setiap minggu jadi rutin saya dan isteri pergi kubur arwah. Cantikkan kubur dia. PIJIE "Perangai Ayla pun tak sama macam anak-anak orang lain. Dia tak suka menangis. Menangis bila nak susu je. Dia selalu ajak orang main. "Senyuman Ayla boleh buat saya cair. Hari-hari nak saya yang mandikan. Asyik nak berkepit dengan saya je. Saya balik kerja je dia dah senyum. "Kalau isteri kerja malam Ayla selalu ajak saya borak. Tengok televisyen sama-sama sampai ibu dia balik kerja," katanya lagi. Namun, kegembiraannya tidak lama kerana anaknya yang selama ini periang mula berubah pada usianya memasuki dua bulan sebelum disahkan meninggal dunia. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan. Bersyukur diberi peluang bergelar bapa kepada puteri kesayangan selama dua bulan, Pijie sentiasa 'menemani' anaknya di pusara. "Setiap minggu jadi rutin saya dan isteri pergi kubur arwah. Cantikkan kubur dia, hias dengan bunga yang cantik," katanya. Di ruangan komen, rata-rata bersimpati dengan ujian yang melanda Pijie dan mendoakannya supaya terus tabah menjalani kehidupan. "Pertama kali baca luahan ayah hilang anak, biasa baca yang ibu saja. "Percayalah dia saham akhirat abang dan akak dekat akhirat kelak. "Allahuakbar, meleleh air mata saya. Abang memang ayah yang hebat," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube