HUBUNGAN cinta ternyata memberi cabaran kepada pasangan terutama melibatkan kesetiaan. Tiada siapa yang mahu pasangan bersikap curang, namun kadang kala terpaksa melaluinya tanpa sedar. Menerusi satu luahan di laman X, seorang gadis mendedahkan dirinya pernah mengenali seorang lelaki yang mempermainkan perasaan wanita. Patah hati dalam percintaan pastinya menyakitkan. -Gambar hiasan Menurutnya, ia bermula apabila lelaki berkenaan menghubunginya di Instagram dengan memuji gambar-gambar yang dimuat naiknya. "Saya ada seorang kawan sekolah lama, dia selalui puji-puji aku di DM (mesej secara langsung), tapi saya tak pernah balas sebab anggap dia sebagai kawan je. "Ada pernah sekali tu dia DM dengan ayat-ayat manis siap ajak jumpa, seperti biasa, saya tak balas," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Nafsu syahwat meluap-luap, lelaki warga emas mengaku sudah kahwin 87 kali... “Saya lepaskan kepada perempuan yang sah” ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki terkejut pegang payudara influencer, rasa rugi bayar RM4,000 untuk satu malam - “Apa yang saya sentuh, tayar?” Namun apa yang mengejutkan gadis itu apabila menyedari rupa-rupanya pemuda berkenaan bakal bergelar suami orang. "Keesokannya tu, keluar live Instagram dia tengah akad nikah," ujarnya. Tidak berhenti di situ, lelaki tersebut tetap menghubunginya selepas berkahwin. "Sangat mengejutkan, saya kasihan dengan isteri dia. Lepas kahwin pun dia teruskan lagi DM saya. "Akhirnya saya 'buang' dia daripada senarai 'following' (pengikut) sebab saya tak nak ada pasangan yang curang di belakang macam tu," katanya. Aku pernah ada suami orang puji aku comel, terus terbayang muka isteri dia, isteri dia pun cantik dan comel tapi kenapa? WARGA MAYA Berkongsi nasib hampir sama, seorang lagi wanita turut memberitahu dia pernah mengenali seorang lelaki yang tidak menghormati hubungan dengan pasangannya. "Dua tahun lalu, ada seorang lelaki cuba tegur saya, jadi kami masuk ke fasa mengenali antara satu sama lain. Setelah beberapa lama, kami kemudian bersetuju untuk berjumpa. "Masa kami jumpa tu Sabtu, esoknya Ahad dia bertunang. Masalahnya saya tak perasan langsung yang dia tu sebenarnya teman lelaki orang. "Sebab dia bagi sepenuh perhatian pada saya sepanjang enam bulan kami berkenalan," katanya lagi. Pelbagai ragam boleh dilihat ketika melibatkan perhubungan. -Gambar hiasan Bagaimanapun, dia tidak cepat melatah sebaik menyedari lelaki yang dikenalinya itu sudah bertunang. "Waktu saya tengok story Instagram dia dah tunang, saya tak meroyan pun. Teruskan kehidupan macam biasa. "Kalau saya jahat, saya hantar semua perbualan kami dekat tunang dia, biar dia rasakan," ujarnya. Namun, apa yang membuatkan hatinya panas apabila lelaki tersebut masih cuba menghubunginya selepas bertunang. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Ahad dia bertunang, Isnin tu dia ajak saya balik kampung sebab konon-konon satu jalan, dia siap cakap nanti kita dating lagi ye. Tebal betul muka dia ya. "Saya tak sedih cuma rasa kelakar dan lega tak bersama dengan dia," katanya. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya mempersoalkan kesetiaan kedua-dua lelaki berkenaan. "Mungkin dia buat macam tu sebab dia tak dapat kita, jadi dia macam nak cuba lagi walaupun dah kahwin. Jahat sungguh yang macam ni. "Aku pernah ada suami orang puji aku comel, terus terbayang muka isteri dia, isteri dia pun cantik dan comel tapi kenapa? "Ada seorang ni ajak nak masuk serious relationship semua, sekali kantoi rupanya tunang orang," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube