ALANGKAH luluhnya hati apabila melihat makanan yang mahu dijamah berada di dalam keadaan yang tidak seperti diharapkan. Berganda rasa kecewa lebih-lebih lagi ketika perut sangat lapar. Itulah nasib malang yang menimpa seorang lelaki apabila nasi ayam yang dibelinya daripada sebuah kedai makan tidak disajikan dengan bersih. Mana tidaknya, dia mendakwa jelas kelihatan helaian bulu pada daging ayam yang diletakkan sekali di dalam bungkusan bersama dengan nasi. Kelihatan bulu ayam yang tidak dicabut dengan bersih sebelum dimasak. "Hajat hati nak makan nasi ayam hainan Batu Burok hari ini. Sampai-sampai pukul 5 petang, dah tutup. Selang dua tiga kedai nampak banner nasi ayam... bungkus satu "Tengah semangat buka, nampak macam ni ayamnya. Basuh tak ayam ni? Nampak banyak tu bulu, bukan seurat. Rezeki kucing lah ni," tulisnya dalam satu hantaran yang dikongsikan di laman Kuala Terengganu Residen. Lelaki tersebut turut memuat naik dua keping gambar, memaparkan nasi ayam yang dibeli daripada kedai tersebut untuk menyokong dakwaannya. ARTIKEL BERKAITAN: Malang nasib ibu hamil makan lauk berulat beli di bazar, bukan seekor tapi berpuluh ekor - “Ingatkan beras tak masak” ARTIKEL BERKAITAN: Ulat merayap-rayap dalam ayam goreng berempah! Ramai naik geli kenang nasib pelanggan termakan tanpa sedar Kelihatan beberapa urat bulu pada bahagian sayap ayam, menunjukkan ia tidak dicabut dan dibersihkan sebelum dimasak. Bagaimanapun lelaki tersebut tidak mendedahkan lokasi serta harga nasi ayam yang dibelinya itu. Kalau pengotor, pintu rezeki pun sempit. NETIZEN Kecewa kerana tidak dapat menikmati makanan tersebut, dia bagaimanapun menitipkan pesanan kepada para peniaga supaya tidak mengabaikan soal kebersihan ketika mengendalikan makanan yang ingin dijual. "Kepada orang yang berniaga, tolong jaga kebersihan. Nak jual, buat macam yang kita nak makan sendiri. Jangan buat macam ni, tak berkat rezeki," tulisnya lagi. Perkongsian lelaki tersebut mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman hampir sama. Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. "Pernah kena macam ni dulu. Apabila complaint dekat kedai tu, mulalah buat muka. Kita nak makan tak sedap, lepastu kata kita bising benda remeh. "Masa cuci, goreng, memotong dan masa membungkus... terlepas pandang belaka. Kalau ikutkan, waktu kendalikan ayam tu banyak step, boleh nampak kalau ada bulu. "Buat kerja cuai, tahu nak kaut untung je. "Kalau pengotor, pintu rezeki pun sempit," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube