suria

Ralit baca karangan, ramai terpesona tengok tulisan atas kek... Tak perlu cari kad ucapan, ‘baker’ ini boleh selesaikan!

Sufie Yana menghasilkan kek karangan yang unik dan cantik.

KEMAHIRAN dan kreativiti yang ditunjukkan wanita ini dalam seni hiasan kek boleh dianggap unik dan luar biasa.

Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan kemahiran yang ditonjolkannya amat jarang ditemui dalam pasaran tempatan.

Mana tidaknya, pembuat kek bernama Sufie Yana ini berupaya menghasilkan dekorasi seperti karangan yang boleh dibaca dengan jelas seolah-olah ia ditulis di atas sehelai kertas.

Antara koleksi rekaan kek yang dihasilkannya.

Antara koleksi rekaan kek yang dihasilkannya.

Kata Sufie Yana, dia memilih konsep hiasan ringkas dalam menyerlahkan hasil seninya.

"Antara koleksi kek karangan... deko calit-calit saja mudah.

"Bagi saya ia nampak cantik dan tak membazir krim," tulisnya di kumpulan Facebook Geng Hero Dapur.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa masuk tong sampah! Peniaga kek tahan perit buang hasil air tangan sendiri - “Dah buat, tak ada yang beli”

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja ‘baik pulih’ berjaya! Kek kahwin nyaris runtuh, majlis kurang 24 jam... bekas arkitek kembalikan senyuman bakal pengantin

Menyedari hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya sehingga dikongsikan di beberapa platform media sosial yang lain, Sufie Yana menzahirkan rasa syukur.

Malah dia tidak lokek menjawab persoalan warga maya yang bertanyakan cara menulis dan mendekorasi kek.

"Alhamdulillah. Terima kasih semua kawan-kawan yang sudi komen, like dan share post.

Cantik dan kemas sangat-sangat... kalau aku tulis macam budak tadika jadinya.

WARGA MAYA

"Untuk tulisan saya gunakan butter cream. Kalau rajin boleh tengok TikTok... saya ada buat video resipi dan cara menulis.

"Untuk dekorasi, saya gunakan fresh cream sahaja," ujarnya.

Beroperasi di Langkawi, Kedah, wanita ini turut menyatakan dia tidak menyertai mana-mana kursus pembuatan kek untuk mempelajari teknik menulis sebaliknya selalu membuat latihan dan praktis.

Perkongsiannya itu membuatkan warga maya tampil meninggalkan komen teruja dengan hasil kreativitinya.

Rata-rata warga maya memuji kek yang dihasilkan Sufie Yana.

Rata-rata warga maya memuji kek yang dihasilkan Sufie Yana.

"Tulisan tu yang mahal... macam mana nak belajar menulis atas kek ya?

"Talented! Kemahiran Allah anugerahkan, saya pun tak berapa pandai nak tulis atas kek.

"Tulisan tu geram tengok. Cantik dan kemas sangat-sangat... kalau aku tulis macam budak tadika jadinya.

"Cantik sangat, seni tangan paling mahal. satu dalam 1,000 pun payah nak jumpa, anugerah Allah yang tak ternilai," ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang membayangkan jika perlu melakukan karangan di atas kek seperti itu.

"Kalau den (saya) macam ni, berapa kali scrap rasanya, lepas tu tak cukup ruang semestinya.

"Terpesona sungguh! Kalau tulis habis naik bukit turun bukit, terjun gaung semua ada.

"Kalau saya failed. Tulisan atas kertas pun macam doktor, inikan pula atas kek," tambah segelintir netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain