TIDAK semua insan bertuah dan dilahirkan dalam keluarga yang senang. Justeru, perkara yang kadang kala dianggap biasa oleh sesetengah orang, berkemungkinan sangat memberi makna kepada golongan seperti ini. Demikianlah juga dengan kisah yang dikongsikan seorang lelaki bernama Abu Hurairah Roslan di Facebook yang benar-benar membuka mata warga maya. "Semalam petang, ambil anak-anak singgah gerai tepi jalan beli air. Budak-budak sedang tunggu van sekolah. Saya buka pintu belakang, automatik terbuka untuk Carah (anak) turun nak beli air. Hantaran lelaki tersebut di laman Facebook. "Beberapa orang budak kagum. 'Wah! Pintu dia buka sendiri'. "Kawan sorang tegur. 'Ini afat (Alphard). Ayah aku cakap kereta ni best'," demikian tulis lelaki itu, mengimbas kembali perbualan kanak-kanak yang sedang menunggu van sekolah menjemput mereka. Mendengar perbualan tersebut, Abu Hurairah berkata dia tergerak hati untuk mempelawa kanak-kanak tersebut menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu tumpang jual kuih, satu pun tak laku... Tauke nasi kukus kagum si gadis masih senyum-senyum - “Kalau tak habis, abang sedekah je” ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga bersedekah setiap kali ditimpa ‘ujian hujan’, tak simpan kuih tak habis untuk jual semula esok - “Rugi itu pasti, untung itu rezeki” "Naiklah beberapa orang kanak-kanak. Kagum mereka. Ada yang pegang kerusi. Ada yang sentuh panel skrin yang menyala. Ada yang diam saja tengok. "Pakcik, saya nak suruh ayah beli la. "Insya-Allah. Nanti kamu la yang beli. Belajar rajin-rajin. Allah bagi nanti. "Saya buka pintu. Mereka semua keluar dan ucapkan terima kasih," kongsinya lagi mengingati momen bersama kanak-kanak berkenaan. Bahagian kita tu sebenarnya ada hak orang lain, budak-budak tu takkan lupa pengalaman berharga. NETIZEN Meskipun hanya beberapa minit diberi peluang 'meneroka' kenderaan mewah tersebut, namun menurut Abu Hurairah, jelas terpancar kegembiraan bercampur keterujaan pada wajah mereka. Detik tersebut ujarnya cukup menghantar makna tersirat mengenai pelbagai perkara, antaranya mensyukuri nikmat Allah dan semua harta di dunia hanyalah pinjaman semata-mata. "Setiap apa yang ada, Tuhan memberitahu bukan milik kita. Satu hari nanti Dia juga akan menguji. Mengambil semula segala milik-Nya," tulisnya lagi. Perkongsian tersebut meraih lebih 600 shares di Facebook dengan rata-rata netizen memuji tindakannya yang disifatkan sebagai mulia. Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. "Allahu... kanak-kanak merasai suatu nikmat impian. Semoga mereka juga beroleh kejayaan nanti. "Bahagian kita tu sebenarnya ada hak orang lain, budak-budak tu takkan lupa pengalaman berharga, semoga tuan sentiasa dimurahkan rezeki. "Alhamdulillah.... sedekahlah walaupun sikit. Allah akan gantikan berbagai-bagai cara tanpa kita sedari insya-Allah," demikian antara komen netizen. Sebagai perkongsian bersama, memetik tulisan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Maktabah Al Bakri, perbuatan memberikan senyuman dan menggembirakan hati seorang Muslim yang lain adalah antara amalan yang disukai Allah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube