PASTI rata-rata dalam kalangan kita sudah terbiasa dengan kehadiran penjaja di kaki lima premis perniagaan atau kedai. Tidak dinafikan, timbul perasaan simpati dalam hati tatkala melihat penjaja yang sudah berusia namun masih lagi menggendong beg kerepek, jajan atau ubat-ubatan untuk mencari rezeki. Lebih-lebih lagi apabila sosok dipercayai warga selatan Thailand yang kebanyakannya sudah menjangkau usia separuh abad, berkopiah atau bertudung labuh duduk bersimpuh di atas lantai, serta merta terbit rasa hiba melihat keadaan mereka. Namun hakikatnya tanpa disedari, kehadiran mereka secara tidak langsung umpama 'membunuh' penjaja warga tempatan yang bersusah payah berniaga untuk mencari rezeki. Demikianlah luahan seorang peniaga nanas yang meluahkan rasa sedih kerana terpaksa 'bersaing' dengan penjaja warga asing di tanah air sendiri. Orang ramai mudah bersimpati terhadap penjaja kerepek atau kuih muih yang kebanyakannya sudah berusia. -Gambar hiasan/Facebook "Salah satu perniagaan aku ialah menjual buah nanas MD2, nanas potong MD2 dan jus nanas MD2 100 peratus. "Pengalaman aku berniaga di kaki lima Maybank Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, aku dapat melihat betapa lebih menguntungkan mencari 'perniagaan' berupa simpati dan sentimen. "Lebih kurang pukul 8.30 malam, setiap kali aku sampai ke Maybank untuk berniaga, akan kelihatan dua orang dari Selatan Thai yang berpangkat pakcik dan makcik memakai kopiah, kain pelekat, tudung labuh dan sanggup duduk langsung di atas lantai kaki lima. "Memang nampak kesian. Berkesan sungguh emotional effect pada orang lain hanya dengan taktik duduk direct atas lantai, letaklah keropok (tak berkualiti dan murahan) atas lantai. "Mereka sentiasa datang awal dan akan port betul-betul di kiri kanan pintu masuk bank. Terpaksalah aku pergi jauh dari lokasi strategik yang mereka sudah ambil," tulisnya. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan simpati tapi makin geram! Pengemis warga asing guna taktik ‘patah tengkuk’ ketuk cermin kereta... “Laju pula toleh kiri kanan” ARTIKEL BERKAITAN: Pengemis Rohingya marah-marah peniaga tepi jalan, tak puas hati minta makanan free tak dapat... Netizen kata jangan bagi muka Berbeza dengan penjaja warga asing yang hanya bermodalkan emosi dan sedikit sentimen agama untuk 'menawan' hati rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap prihatin, penjaja tempatan sepertinya yang mengeluarkan modal demi menjual produk berkualiti pula dipandang sepi. "Set up booth sahaja akan mengambil masa 20 minit. Itu belum diambil kira proses persediaan sebelumnya iaitu proses mengupas kulit nanas, membuang mata nanas, memotong nanas, slow juicing, memasukkan dalam container plastik dan botol jus, melabelkan bekas dan botol dengan stiker produk, dan lain-lain. "Kagum aku melihat 'perniagaan' berteraskan simpati pakcik makcik itu begitu laris. Yang lebih menakjubkan, pelanggan tidak mengambil apa-apa pun barang jualan mereka. Ajaib sungguh. Duit masuk, barang tak keluar. "Sedang aku pula, walaupun nanas MD2 aku sedap, berkualiti, value for money dan hanya dijual pada harga RM6, pelanggan akan bertanya macam-macam dan membuat muka serius sebelum membeli. "Itupun hanya dibeli setelah aku berjaya memberi layanan dan penerangan yang dapat meyakinkan mereka," luahnya lagi. Bukalah mata kita luas-luas, senangnya orang luar ambil kesempatan atas kita. NETIZEN Tidak menidakkan rezeki golongan berkenaan namun luahnya, disebabkan berjaya mengaburi mata rakyat Malaysia, mereka mampu memperoleh lebih RM100 hanya dalam masa satu jam! Apabila menghampiri tengah malam, penjaja-penjaja tua ini pasti akan dijemput oleh kenderaan bernombor pendaftaran Thailand. "Bisnes model menagih simpati dan 'agama' sangat berjaya di dalam pasaran orang Melayu di serata lokasi. Orang Melayu memang 'cerdik'. "Jadi, walaupun aku paling tak suka 'menunggang' agama, aku terpaksa pakai kopiah semasa berniaga. Analisa aku menunjukkan, jumlah sales sangat jauh berbeza apabila aku memakai kopiah dengan apabila aku tidak berkopiah. "Pasaran orang Melayu akan terus 'cerdik' mengkayakan orang Selatan Thai, orang Pakistan berjubah dan berjambang, orang Afganistan berjubah, penunggang agama dan watak-watak kesian. Tidak menilai melalui kualiti, kebersihan dan harga barang yang dibeli. "Selagi orang Islam meminta-minta, menipu dan masih tidak 'cerdik' di dalam memberi sedekah atau membeli, umat Islam akan terus mundur. Berniaga itu sunnah. Meminta-meminta bukan sunnah. Gunakan akal kita. Bukan hanya emosi," luahnya lagi. Antara komen netizen yang rata-ratanya sependapat dengan penjaja nanas tersebut. Sehingga kini hantaran tersebut meraih 945 shares selain dibanjiri dengan komen netizen yang menyokong pandangan lelaki tersebut. "Satu perkongsian yang sangat baik, bukalah mata kita luas-luas, senangnya orang luar ambil kesempatan atas kita. "Dulu saya pun kesian dekat pakcik makcik, namun terhidu strategi mereka. Jadi sekarang kita kena pandai pilih. "Ramai rakyat Malaysia yang tak sedar. Pendatang ni perlahan-lahan mengutip dana sampai masa jadi tuan di bumi Malaysia," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube