SEPERTI diberi nyawa kedua. Itulah ungkapan sesuai bagi menceritakan pengalaman yang dialami oleh wanita ini apabila dia sedar kembali selepas ditidurkan selama seminggu kerana diserang asma. Mengimbas kembali detik hampir meragut nyawanya tahun lalu, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul berkata, dia secara tiba-tiba diserang sesak nafas ketika mahu masuk tidur. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya masih ingat detik yang berlaku pada 11 Oktober 2022. Sekitar pukul 11 malam, saya alami sesak nafas. Saya memang ada asma sejak kecil dan bergantung dengan inhaler. "Nak dijadikan cerita, inhaler saya kehabisan gas. Saya maklumkan kepada suami dan dia keluar untuk beli yang baru, malangnya kebanyakan farmasi dah tutup. "Saya minum ubat batuk kerana memang ada batuk, dan dengan harapan sesak nafas berkurangan. Sekitar pukul 2 pagi, saya terjaga dan rasa macam nyawa-nyawa ikan. "Saya beritahu suami 'saya rasa macam lain... rasa 50-50 je'. Inilah kali pertama seumur hidup rasa begitu. Saya segera minta suami hubungi ambulans," cerita wanita berusia 32 tahun ini kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Ditidurkan 3 hari, insaf seumur hidup! Ibu hamil kena Covid-19 kongsi detik antara hidup dan mati, nasihat wanita senasib jangan takut intubasi ARTIKEL BERKAITAN: Bakal doktor syukur masih bernyawa walau lebih 40 kali ditidurkan - “Keluar hospital terus ambil ujian, pening-pening jawab soalan” Menurut Nurul, dia kemudian dibawa ke hospital namun pengsan di dalam ambulans sewaktu dalam perjalanan. "Biasanya, saya akan okay selepas sedut gas. Saya fikir selepas dapatkan rawatan di hospital, saya akan pulang ke rumah. Tapi rupanya paras oksigen saya drop teruk dan terpaksa ditidurkan," ujar ibu kepada dua cahaya mata berusia enam tahun dan tiga tahun ini. Nurul sudah beransur sembuh namun masih bergantung kepada inhaler dan ubat. Disebabkan keadaan semakin buruk, Nurul berkata, doktor malah sudah meminta suami dan keluarganya untuk bersiap sedia dengan segala macam kemungkinan. "Namun kuasa Allah, saya kembali sedar... doktor pun terkejut saya survived kerana harapan saya agak tipis. "Waktu saya diberitahu oleh doktor dan suami mengenai situasi yang dialami selama ditidurkan, saya menangis... terbayang muka suami, ibu dan anak-anak. "Tak henti-henti saya mengucap syukur kerana Allah beri peluang kedua buat saya,"ujarnya sambil menambah, dia dirawat di hospital selama dua minggu. Waktu saya diberitahu oleh doktor dan suami mengenai situasi yang dialami selama ditidurkan, saya menangis... NURUL Meskipun sudah kembali pulih, Nurul berkata dia tetap bergantung kepada inhaler dan ubat selain mengelak daripada melakukan aktiviti sukan yang boleh mendorong asmanya kembali menyerang. "Hidup saya boleh dikatakan berubah 360 darjah. Sekarang saya susah nak bernafas macam dulu. Pasti memerlukan inhaler setiap masa, ke mana-mana pergi mesti bawa. "Selain itu, saya mudah diserang anxiety dan panic attack. Jadi, saya mesti jaga pernafasan. Sampai sekarang, saya tak makan makanan sejuk... bersukan memang cut terus. "Perubahan paling besar, saya lebih menghargai orang tersayang dan apa yang ada di sekeliling. Selain itu, lebih mendekatkan diri dengan Allah," ujarnya lagi. Antara komen netizen yang mendaokan kesembuhan Nurul. Tidak menyangka perkongsian videonya menjadi tular sehingga meraih lebih 531,000 jumlah tontonan, Nurul sempat menitipkan nasihat buat mereka yang juga merupakan penghidap asma. "Saya muat naik video di TikTok sekadar mahu mengingati peristiwa yang berlaku genap setahun lalu. Namun tak sangka ia viral... saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatan saya. "Bagi mereka yang menghidap asma, jagalah pemakanan, jangan terlampau aktif. "Hargailah apa yang ada depan kita sementara diberi peluang... jangan terlepas detik bermakna bersama keluarga," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube