suria

Kepingin lihat senyuman di wajah sendiri seperti orang lain, gadis ini mohon bantuan di Facebook... Tak sangka ada netizen tawarkan rawatan!

Hantaran asal yang dibuat wanita ini dan gambar yang telah disunting.

HALAMAN Facebook kumpulan Edit Apa Hari Ini tidak pernah lekang dengan permintaan warga maya yang mengimpikan gambar mereka disunting.

Ada yang meminta supaya gambar ahli keluarga yang sudah tiada ‘dimasukkan’, suntingan untuk gambar pasport rasmi serta tak kurang juga yang mahu 'menghilangkan' seseorang.

Terkini, seorang wanita tampil membuat permintaan agar gambarnya disunting dengan senyuman menawan berikutan dia menghadapi masalah pergigian.

“Hi, bolehkah tolong edit bibir saya kelihatan senyum macam orang lain. Terima kasih,” coretnya ringkas.

Antara gambarnya yang telah disunting netizen.

Antara hasil suntingan netizen.

Di samping hantaran yang dibuat, dia turut menyertakan gambar yang ingin disunting.

Permintaannya itu membuatkan warga maya tampil memberikan pelbagai reaksi dan maklum balas selain berkongsi kembali gambar yang sudah disunting.

Ramai yang memuji hasil kerja penyunting hingga ada yang menyamakan wajah wanita itu dengan selebriti Bella Astilah kerana bukan sekadar senyuman yang ditambah tetapi turut mempunyai solekan.

“Awak cantik walau apa keadaan sekali pun.

Done, pedulikan orang kata... teruskan bersemangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja iras Putera Mateen minta edit gambar, penyunting terus tunjuk skil... Siap tolong kemaskan rambut, ‘touch up’ wajah!

ARTIKEL BERKAITAN: Teringin nak tengok diri sempurna, peniaga takoyaki OKU minta netizen tolong edit gambar - “Dulu saya diejek alien”

“Tambah cermin mata nampak comel dan macam Bella Astilah.

“Semua manusia impikan kesempurnaan. Tapi jangan pernah merasa rendah diri dengan kekurangan, sebab kita semua memang tak sempurna,” ujar beberapa penyunting.

Terdapat juga yang mencadangkan supaya wanita ini melakukan rawatan pergigian serta pembedahan rahang bagi membetulkan struktur giginya.

Beberapa komen negatif turut diterima daripada warga maya yang tidak sensitif.

Saya tak mahu dia terbaca komen-komen yang boleh buat dia rasa rendah diri... kita semua sama saja.

WARGA MAYA

Menyedari komen seumpama itu diberikan, rakan kepada wanita ini tampil menceritakan situasi sebenar.

Malah dia turut menyelar segelintir warga maya yang tidak prihatin kerana sanggup membuat hantaran berbaur ejekan dan komen negatif.

“Tolonglah, kalau rasa tak boleh komen yang baik-baik lebih baik jangan komen... kawan saya ni, janganlah bagi dia stres.

“Cukup-cukuplah apa yang dia tanggung selama ini dan bagi yang tanya sama ada dia pernah pergi buat (rawatan) gigi, dia ni susah... bukan macam orang lain.

Warga maya meninggalkan pelbagai reaksi dan cadangan.

Warga maya meninggalkan pelbagai reaksi dan cadangan.

“Hidup di kampung kena jaga mama dia, sekarang dia baru sahaja kursus jahit baju kalau tak silap... dia ni sangat-sangat baik,” jelasnya.

Malah dia turut meminta warga maya yang meninggalkan komen negatif untuk memadam semula hantaran yang dibuat kerana ia hanya akan memberi kesan negatif kepada rakannya itu.

Bukan itu sahaja, wanita ini turut menyatakan rakannya seorang yang berdikari dan berfikiran positif.

“Saya tak mahu dia terbaca komen-komen yang boleh buat dia rasa rendah diri... kita semua sama saja, tak ada yang sempurna.

“Jadi tak perlulah komen yang tak baik,” tambahnya lagi sambil menyatakan rakannya mempunyai kad Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Susulan pendedahan rakannya itu, ada yang meluahkan hasrat untuk membantu menanggung kos berkaitan yang diperlukan untuk rawatan pergigian selain memintanya untuk pergi ke beberapa pusat perubatan universiti yang menawarkan rawatan percuma.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain