VIDEO tular yang memaparkan seorang kanak-kanak berdiri di hadapan tangga sebuah kedai serbaneka terkenal meruntun hati warga maya. Tambahan pula kapsyen pada video tersebut menyatakan dia merenung mainan yang berada di aras kedua premis berkenaan. “Masa ni ibu menangis sebab dah berhenti kerja... tak dapat belikan apa yang Iman nak. Dia tenung sahaja mainan kat tingkat atas tu,” tulisnya. Iman Syaifullah baru berusia lima tahun. Malah pemilik akaun HananaHariss itu turut menyatakan dia terpaksa mengelak untuk pergi ke kedai seperti itu lagi. “Sekarang ni aku elakkan pergi kedai begini, banyakkan duduk rumah... doakan saya dapat kerja,” tambahnya lagi. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa sedih melihat situasi kanak-kanak tersebut sehingga ada yang menyatakan hasrat ingin membelikannya hadiah. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Betul tu... seksa apabila wanita tak berduit dan menanggung anak-anak dengan penuh kesedihan. “Saya faham, saya pun dalam situasi yang sama... dulu ada duit macam-macam boleh belikan untuk anak. “Apabila kita tak dapat beli apa yang anak nak, pedih tu menusuk kalbu,” ujar beberapa warga maya. ARTIKEL BERKAITAN: Bilik penuh mainan! Ramai kata membazir tapi pasangan ini ada sebab tak berhenti membeli... tahniah, kini anak sulung speech delay lebih peka ARTIKEL BERKAITAN: Tak mampu beli mainan anak, guru gaji ciput jual air tin, kasut bundle demi income lebih... akhirnya dapat bawa isteri masuk kedai emas Berkongsi kisah dengan mStar, wanita bernama Anna Norzeha Md Nor berkata anaknya memahami situasinya yang tidak bekerja. Meskipun baru berusia lima tahun, namun Iman Syaifullah sudah berfikiran matang serta memahami kesusahan yang dialami ibunya. “Masa tu pergi kedai cari barang nenek dia. Baru balik kampung selepas berhenti kerja di Johor Bahru. Saya berhenti sebab arwah bapa mentua meninggal dunia dan mak mentua tiada teman di rumah. ANNA NORZEHA “Dia memang pantang nampak mainan mesti nak beli tapi masa ni ada papa dia dan dia tak berani bersuara sebab papanya tegas. “Jadi dia pun berdiri (depan tangga), tu saya rakam nak bagi kat group family sebelah saya... tapi nenek dia belikan mainan juga,” katanya. Menurut wanita berusia 31 tahun itu lagi, selepas berhenti kerja, dia ada menyatakan kesukaran untuk membelikan mainan kepada anaknya itu. Iman bersama sepupu-sepupunya ketika sambutan hari lahir beramai-ramai. Malah dia turut berpesan supaya anak yang mesra dipanggil Iman itu tidak meminta barang mainan apabila mereka berada di kedai. “Lepas saya tak kerja, saya dah cakap kat dia ‘ibu tak kerja, tak boleh minta mainan’. “Papanya mampu nak belikan tapi jenis tu mudah rosak dan membazir... tapi kalau makanan papa dia okey cuma zaman sekarang kena jimat cermat,” tambahnya yang pernah berkhidmat sebagai pereka grafik. Anna Norzeha sering menghabiskan masa bersama Iman. Mengimbau kisah pada Julai lalu, ujarnya, Iman pada awalnya menangis apabila dimaklumkan tidak boleh meminta mainan. “Menangis juga tapi perlahan-lahan dia cakap nanti ibu kerja ibu belikan untuk Iman kan. “Saya berhenti sebab arwah bapa mentua meninggal dunia dan mak mentua tiada teman di rumah... jadi suami sebagai anak sulung ajak saya balik kampung. “Decide berhenti tu semasa arwah tengah sakit tenat. Adik-adik dia baru mula bekerja dan duduk jauh ikut suami,” tambahnya yang berasal dari Muar, Johor. Bercerita lanjut, Anna berkata, ibu mentuanya kini tinggal bersama adik iparnya selepas bersara pada September lalu. Susulan daripada itu, dia kini kembali mencari kerja sebagai pereka grafik dan berharap memperolehnya dalam masa terdekat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube