SETIAP wanita pasti mengimpikan ‘perjalanan’ melahirkan cahaya mata yang lancar dan mudah. Bagi mereka yang mempunyai lebihan kewangan, mungkin tidak berhadapan masalah untuk mengecapinya. Namun untuk golongan sederhana dan berpendapatan rendah, mungkin ada yang terpaksa melalui pengalaman pahit lagi memenatkan. Wanita hamil perlu melalui pelbagai prosedur bagi membantu perkembangan bayi dalam kandungan. -Gambar hiasan The Star Seperti perkongsian wanita ini, dia meluahkan rasa terkejut apabila kakak iparnya perlu menunggu lama untuk bersalin di sebuah hospital awam. “Tak sepatutnya jururawat hospital minta kakak ipar saya macam ni... ‘sini memang hotspot nak beranak, so awak standby tunggu sehari dua dekat kerusi luar ni’. “Saya tahu hospital kerajaan tak berapa okay tapi layan sakit kontraksi di kerusi menunggu... tak ada tempat untuk baring,” ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Mahal macam beli di mall! Kedai dalam hospital kerajaan diarah turun harga selepas jual roti sosej ‘cekik darah‘ ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Suami jadi bidan terjun pukul 2 pagi, isteri terus beranak selepas ‘push kedua’ – “Bukan pertama kali, tapi tak sangka di rumah” Luahannya itu mendapat pelbagai maklum balas warga maya. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakannya menyatakan ia adalah situasi normal di kebanyakan hospital kerajaan. Masing-masing turut berkongsikan pengalaman bersalin di hospital kerajaan seolah-olah membandingkan situasi di mana yang paling teruk. Saya pun kena macam ni. Tiga hari contraction, dua hari tak dapat katil sampai bleeding teruk baru mereka tolak labour room. WARGA MAYA Malah kakitangan di hospital tersebut turut berhadapan keadaan yang sama apabila mendapatkan perkhidmatan berkaitan. “Kami yang staf pun tunggu atas kerusi roda dik sementara nak dapat katil... layan la contraction tu, kadang-kadang sampai dah pecah air ketuban baru suruh masuk bilik bersalin. “Tapi ni memang kenyataan. More than 48 hours untuk dapat katil dan ya... memang tunggu atas kerusi. Inisiatif pesakit lain siap bawa toto lagi. Sebahagian komen warga maya. “Saya pun kena macam ni. Tiga hari contraction, dua hari tak dapat katil sampai bleeding teruk baru mereka tolak labour room. “I witnessed all mothers yang tengah layan contraction duduk dekat kerusi ramai-ramai sebab tak ada katil dekat PAC (pusat kemasukan pesakit) situ... jururawat kasar g**a,” ujar beberapa warga maya. Pun begitu tidak kurang juga yang berkongsikan pengalaman mendapat layanan baik dan kemudahan selesa di hospital kerajaan. Malah ada yang mengucapkan syukur kerana tidak menerima layanan buruk seperti yang diceritakan sesetengah netizen lagi. “Pengalaman paling indah, bersalin dekat hospital kerajaan. Jururawat, doktor dan pengawal keselamatan semua baik... saya emergency caeser, terus dapat masuk wad sementara. “Isteri baru bersalin hari Ahad lepas. Alhamdulillah semua okay cukup, baru 2cm bukaan pun terus masuk wad. “Last week wife bersalin dan Alhamdulillah everything went well. Fasiliti, jururawat dan doktor saya bagi lima bintang,” ujar beberapa netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube