SELAIN media sosial, kewujudan pelbagai aplikasi janji temu pada ketika ini menjadi salah satu cara untuk individu mencari pasangan. Begitu juga kisahnya dengan pasangan ini yang bertemu jodoh menerusi aplikasi Omi. Video yang dikongsikan di TikTok, menceritakan secara ringkas detik-detik perkenalan mereka sehingga akhirnya melangkah ke gerbang perkahwinan, mencuri tumpuan warga maya. Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Amiisya, 25, berkata, dia tergerak hati mencuba menggunakan aplikasi tersebut bagi mencari jodoh sebagai satu ikhtiar. Bibit-bibit perkenalan Amiisya dengan suaminya. "Kawan-kawan seusia ramai yang sudah mendirikan rumah tangga, jadi saya pun terniat untuk ke arah yang sama dan tergerak juga mencari seseorang. "Saya pun install aplikasi Omi... kiranya sebagai satu ikhtiar untuk mencari pasangan," ujarnya kepada mStar. Mengakui pada mulanya dia turut berasa bimbang untuk berkenalan dengan orang yang langsung tidak dikenali (stranger), Amiisya berkata dia menetapkan 'garis panduan' tertentu antaranya mengutamakan pandangan kedua ibu bapa terlebih dahulu. ARTIKEL BERKAITAN: Susah nak ajak dating, jumpa mak ayah cuma sejam... selepas kahwin baru suami dari Pakistan buka rahsia kenapa ‘first date’ hanya 5 minit ARTIKEL BERKAITAN: Jodoh gadis peniaga cendol, tak sangka lelaki dikenali 4 tahun lalu muncul semula... Kali ini aplikasi Omi jadi pengikat cinta "Sebenarnya apabila mula kenal dengan seseorang, pada peringkat awal kita boleh bezakan sama ada lelaki itu hanya main-main ataupun serius. "Kita kena dahulukan akal berbanding perasaan. Keduanya, saya lebih selesa tanya pandangan ayah... ayah saya beritahu, biarlah cari lelaki yang mengutamakan agama, seterusnya bertanggungjawab dan lihat juga keturunan. Harta dan rupa paras bukan utama. Pasangan ini diijabkabulkan Mac lalu. "Saya dan suami 'bertemu' selepas dua bulan menggunakan aplikasi tersebut. Suami berbeza dengan lelaki lain, dia lebih cool, tak terburu-buru. Dia lulus jawab soalan interview saya. "Saya beritahu dia, tak mahu couple selagi tak mendapat restu ibu bapa. Jadi dia menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan ibu bapa saya," ujarnya yang mengusahakan bisnes nasi dagang Terengganu ready to eat bersama keluarganya. Kita kena dahulukan akal berbanding perasaan. Keduanya, saya lebih selesa tanya pandangan ayah. AMIISYA Bercerita lebih lanjut, Amiisya yang menetap di Kuala Nerus, Terengganu, berkata suaminya meluahkan hasrat untuk membawa perkenalan mereka ke peringkat yang lebih serius dan menghantar rombongan merisik selepas tempoh enam bulan perkenalan. "Keluarga suami hantar rombongan merisik pada November 2022... Alhamdulillah kami selamat diijabkabulkan pada Mac 2023. Bisnes nasi dagang yang diusahakan Amiisya bersama keluarganya. "Perkenalan kami tak sampai setahun... syukur perjalanan jodoh kami dipermudahkan "Bagi yang mencari jodoh, tak salah kalau nak mencuba aplikasi janji temu, asalkan memasang niat yang betul dan menggunakannya untuk tujuan yang betul. "Dalam proses berkenalan, libatkan dan minta pendapat orang terdekat... naluri mak ayah ni penting. Dan dahulukan akal, bukan utamakan perasaan," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube