NAMPAK unik, namun bukan mudah dilahirkan sebagai tangan kidal. Bagi empunya badan mungkin tiada masalah, sudah biasa menjalani rutin harian sedikit berbeza dengan kebanyakan yang lain. Namun lain orang lain hatinya, hanya kerana tangan kidal boleh menimbulkan rasa tidak puas hati. Kata-kata kesat tentunya mengguris hati. -Gambar hiasan Menerusi luahan di laman X, seorang wanita menzahirkan kekecewaan apabila dihina ketika menikmati makan malam bersama keluarga teman lelakinya. Menurut wanita itu, dia yang merupakan seorang kidal tidak menyangka akan ditegur hanya kerana menggunakan tangan kirinya. "Hari tu makan malam dengan teman lelaki dan keluarga dia. Aku ni sejujurnya memang kidal, jadi apabila pegang sudu untuk makan, aku akan guna tangan kiri. ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua terlantar sakit tapi anak-anak jaga ala kadar, menantu buat andaian sedang terima kifarah! Dulu suami uzur ditengking, kena bebel ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua mulut lancang, isteri baru faham kenapa suami buang keluarga sendiri! Dipaksa melutut minta maaf ketika raya "Tiba-tiba waktu tengah makan tu, mak teman lelaki aku pandang dan tegur aku. Dia tegur mak ayah aku tak ajar ke cara makan betul. "Dia siap cakap tangan kiri ni untuk najis. Aku terkedu tapi tak cakap apa la, aku pun tukar makan guna tangan kanan. Buat-buat tak tahu je apa yang mereka cakap," katanya dengan nada terkilan. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berkongsi perasaan masing-masing sebagai orang yang tangan kidal. Jangan teruskan hubungan, belum apa lagi dah kena maki, bayangkan lepas kahwin nanti macam mana. WARGA MAYA "Saya juga seorang yang kidal, memang sedar makan guna tangan kiri tak digalakkan dalam masyarakat dan makruh di sisi agama. "Cuma tangan kanan kita ni rasa macam lemah untuk digunakan dan rasa tak bermaya. Kalau nak paksa juga tangan kanan untuk suap ni, kadang sudu tu pergi ke pipi dan bukan masuk ke dalam mulut. "Saya tak faham betul apa yang menjadi masalah makan guna tangan kiri untuk orang kidal ni, tangan kiri tu kita dah bersihkan dan bukannya bersalut najis. "Anda tak keseorangan, saya juga pernah kena maki dengan seorang nenek di kedai makan sebab kidal. Tak faham la, kejap cakap orang tangan kidal ni kreatif, lepas tu kata tak senonoh," kata warga maya. Sebahagian ciapan balas warga maya. Warga maya lain pula berpendapat bahawa cara menengur ibu teman lelaki wanita itu adalah tidak patut. "Pergi cakap balik dekat bakal mak mentua tu, makan guna tangan kiri memang makruh tapi tidak berdosa. Lagi satu, sebenarnya makcik tu saja nak cari point, dia memang dah tak suka awak "Jangan teruskan hubungan, belum apa lagi dah kena maki, bayangkan lepas kahwin nanti macam mana. Mesti akan ada je serba-serbi yang tak kena di mata mak mentua awak. "Tapi kalau sanggup dan betul sayang, boleh tebalkan telinga dengar cercaan dan bebelan, silakan," ujar sebahagian warga maya memberi amaran. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube