MUNGKIN ramai yang tidak menyangka betapa nilai sedekah yang diberi bukan hanya membuatkan senyuman terukir di bibir penerimanya, malah ia benar-benar dimanfaatkan untuk kelangsungan hidup. Demikian dengan kisah penuh meruntun jiwa yang dikongsikan oleh wanita ini mengenai kisah seorang ibu tunggal yang dilanda kesempitan hidup sehingga tidak mampu membeli keperluan dapur. Paling menyentuh hati adalah apabila menerima kiriman mesej daripada ibu tunggal tersebut yang mengucapkan terima kasih di atas bantuan yang diberikan. "Assalamualaikum puan, maaf saya ganggu. Alhamdulillah saya dah beli barang dapur. Saya beli di kedai aceh sebab dekat kampung saya supermarket jauh. "(Kedai) dalam perkampungan. Kalau supermarket kena keluar ke bandar. Alhamdulillah ini bekal sekolah anak saya puan, saya beli ayam seekor,"demikian mesej yang dikirim oleh ibu tunggal tersebut beserta gambar barang dapur yang dibelinya dan bekal makanan. Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Roslynda berkata, dia menghulurkan bantuan kewangan kepada ibu tunggal berkenaan selepas membaca komen yang ditinggalkan pada laman Facebook miliknya. Tangkap layar mesej yang dihantar oleh ibu tunggal tersebut. "Sebenarnya saya just buat perkara rutin setiap bulan untuk share rezeki. Jadi saya minta followers komen 'kenapa saya perlu bantu awak'. "Akak ni ada komen pasal barang dapur dia dah habis, dia ibu tunggal dan dia tak ada duit nak bagi belanja sekolah pada anak dia. "Jadinya kalau dapat barang dapur, bolehlah dia masak dan bekalkan pada anak dia ke sekolah," kongsinya yang merupakan seorang peniaga barangan hiasan dalaman rumah. ARTIKEL BERKAITAN: Penerima bantuan tak lupa jasa cikgu, mesej ‘update’ kejayaan anak selepas 5 tahun... Seronok dapat surat tawaran UiTM ARTIKEL BERKAITAN: Bisnes merudum, lelaki tunjuk beras dalam periuk minta simpati kawan... Paling sedih pasang niat tagih bantuan di gereja Namun kata Roslynda, dia sama sekali tidak menyangka menerima kiriman mesej daripada ibu tunggal tersebut yang membuatkannya benar-benar sebak. "Sebelum ni bila saya bagi sumbangan kewangan, tak pernah lagi ada yang WhatsApp balik bagi bukti. Sebab saya jenis tak kisah... part saya dah lepas. "Pada saya, selepas saya berikan, itu dah jadi hak pemilik... terpulanglah dia nak beli apa dengan duit tu. "Perasaan saya memang sedih sangat bila dia share gambar. Paling sedih part gambar bekal itulah. Sedih sangat sampai tak terkata, air mata saja yang keluar," ujarnya yang menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan. Jujur betul dia, mesti orang baik-baik ni. Kita pun seronok bila dapat share dengan orang macam ni. NETIZEN Lebih tidak disangka Roslynda, perkongsian kisah ibu tunggal itu di Facebook bukan sahaja membuatkan ramai warga maya terkesan, malah ada yang turut menghulurkan sumbangan buat wanita tersebut. "Alhamdulillah, melalui perkongsian ini kita boleh mengajak lebih ramai orang untuk turut bantu orang lain. Bukan untuk menunjuk, tapi ambillah dari sudut positif. "Masa saya share rezeki ni, sebenarnya saya sendiri pun tengah susah, bisnes drop. Tapi saya pegang kata-kata ini, 'harta seorang hamba tidak akan berkurang kerana sedekah'. "Jadi saya teruskan saja niat untuk kongsi rezeki," akhirinya. Sehingga kini perkongsian Roslynda meraih 255 shares di Facebook. Rata-rata warga maya turut memujinya kerana tidak lokek berkongsi rezeki dengan individu yang kurang berkemampuan. Antara komen netizen terhadap pekongsian Roslynda. "Susah nak jumpa penerima yang jujur macam ni, tahniah sis. Moga dimurahkan lagi rezeki sis sekeluarga, berkongsi rezeki dengan orang-orang yang memerlukan. "Bila yang menerima ikhlas dalam taqwa... pahala pemberi akan dilipatgandakn dalam setiap suapan. "Jujur betul dia, mesti orang baik-baik ni. Kita pun seronok bila dapat share dengan orang macam ni," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube