suria

Rider pangkat atuk-atuk gigih cari rezeki, sempat isi susu dalam tiub hidung sambil tunggu order siap - “Customer belanja makan, Alhamdulillah”

Ramai yang tetap bekerja demi sesuap nasi biarpun sudah berusia. -Gambar hiasan

DEMI kelangsungan hidup, sesetengah individu terpaksa mengenepikan situasi diri untuk keluar bekerja mencari rezeki.

Walaupun ada yang sudah menjangkau usia melebihi setengah abad, namun mereka tetap menggagahkan diri membanting tulang empat kerat asalkan tidak meminta-minta.

Demikian dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita mengenai pertemuannya dengan seorang warga emas yang bekerja sebagai penghantar makanan (rider).

Menurut wanita yang dikenali sebagai Yaya Okita, pertemuan dengan rider 'berpangkat' datuk itu mengajarnya mengenai betapa segelintir individu terpaksa bergelut untuk menyara diri serta keluarga.

"Malam ni, aku tersedar betapa hidup sekarang sangatlah keras. Hari ni memang aku start OT (overtime). Room mate aku pun dah start kena pergi outstation semua.

"Aku baru perasan aku tak keluar lunch tadi, so memang rasa lapar sangat. Malas nak order Grab, jadi aku pergi cari makanan kejap. Ramai pula orang dekat restoran.

2

Perkongsian Yaya di Facebook.

"Sambil tunggu order tu, ternampak pakcik rider ni, tua sangat. Pangkat datuk-datuk dah. Teka apa? dia pakai nasogastric tube.

"Dia duduk dekat tepi jalan dalam gelap, sambil goncang-goncang thermos yang aku dapat agak dalam tu susu. Dia bawa keluar syringes semua.

"Dalam hati aku dah bisik, 'mesti dia nak tuang sendiri dalam tiub dia ni'", kongsinya dalam satu hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik rider gigih cari rezeki walau bongkok! Rehat cuma pada waktu solat, banyak buat job di Mont Kiara, Hartamas

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik tua sanggup basah, guruh berdentum baru berhenti mesin rumput! Tuan rumah sayu tengok pinggan, rupanya berlapar buat kerja

Menurut wanita tersebut, perasaannya bercampur baur antara sedih, sayu dan simpati apabila melihat keadaan rider tua itu yang masih lagi bekerja biarpun sudah berusia serta keadaan kesihatannya yang kurang mengizinkan.

Tanpa berlengah, dia segera menghampiri rider tersebut kerana mahu membantunya memasukkan susu ke dalam tiub.

"Aku tak fikir apa dah, aku pi (pergi) dekat dia, tanya 'pakcik nak masuk susu ke?'

"Hang tau buat ka?'. Dia tanya aku balik, pandang atas bawah. Aku angguk.

"Aku sedut syringe kecil dulu, baru pasang syringe besar. Aku tolong dia tuang. Berapa ramai lalu lalang dekat situ tengok kitorang. Ada yang amik gambar senyap-senyap tapi lantak mereka la,"kongsinya lagi.

Orang tua boleh kerja macam-macam tapi akak buat kerja rumah lepas itu merungut penat.

NETIZEN

Sambil menunggu pesanan makanan masing-masing disiapkan, wanita tersebut sempat bersembang santai dengan rider berkenaan kerana terbit rasa ingin tahu mengenai kehidupan lelaki tua tersebut.

"Aku borak biasalah tanya nama siapa, tinggal dekat mana, duduk dengan siapa semua. Aku tak nak share tu sebab hal peribadi orang.

"Sakit ke, tua ke, kena kerja cari duit. Kalau ada customer belanja makan, Alhamdulillah. Kalau tak belanja pun Alhamdulillah'. Dia cakap dekat aku.

"Aku diam aje, rasa macam terpukul. Aku yang muda ni sikit-sikit merungut penat, sedangkan pakcik yang tua ni sikitpun tak merungut penat sepanjang perbualan tadi.

"Lepas settle, dia terus pergi settlekan order. Aku pun ambil makanan aku juga. Sambil naik motor, nangis aku mat. Nangis sebab teringat ayat pakcik tu tadi.

"Hidup ni keras, tapi dia kata since kita percaya Allah pemberi rezeki, kita pun jadi segan nak merungut apa-apa. Sampai studio aje, aku terus putus selera," kongsinya lagi.

komen rider

Netizen turut tersentuh dengan perkongsian Yaya mengenai kisah rider tua berkenaan.

Perkongsian tersebut turut mengundang rasa hiba daripada netizen yang rata-ratanya mendoakan kesihatan rider tua berkenaan.

"Hari ni macam ternampak motor dia dari belakang. Moga terkabul segala doa yang sedang baca ni untuk pakcik ni.

"Orang tua boleh kerja macam-macam tapi akak buat kerja rumah lepas itu merungut penat.

"Moga Allah beri kekuatan dan kesihatan yang baik buat pakcik tu. Terima kasih bantu pakcik tu, hanya Allah dapat membalasnya,"demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain