suria

Dulu tak rapat, kini sahabat! Sebungkus nasi goreng kampung buat lelaki ini terharu, member kenang kisah jatuh tangga

Din membawa sebungkus nasi bungkus dan menemani Akmal di parkir hospital.

HUTANG duit boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.

Pernah membantu rakannya yang patah kaki akibat terjatuh tangga, lelaki ini tidak menyangka gilirannya pula menerima pertolongan sewaktu ditimpa kesusahan, baru-baru ini.

Rakannya itu sanggup menemaninya di parkir hospital sehingga tengah malam sambil membawa sebungkus nasi goreng kampung dan kopi ais.

Berkongsi tangkap layar perbualannya dengan rakan di laman sosial, pemilik akaun Amang meluahkan rasa terharu apabila rakannya yang dipanggil Din, berusaha untuk membantu.

Hantaran yang dibuat Akmal di Facebook menyebabkan Din datang membantunya.

Hantaran yang dibuat Akmal membuatkan Din datang membantunya.

“Dia tak adalah senang mana, aku pun tak senang mana. Selama ini aku tolong dia ikhlas aku saja.

“Tak sangka pula dia tolong aku masa tengah susah. Kau Din sahabat dunia akhirat, terima kasih,” tulisnya.

Perkongsian itu membuatkan warga maya turut terharu dan mendoakan persahabatan mereka berkekalan.

“Bertuah abang ada sahabat macam ni, semoga abang dan sahabat berbahagia hendaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan kerja gomen cerai-berai gara-gara hutang! Terpengaruh budaya tunjuk hidup mewah sesama ‘officemate’

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap ‘update’ status senang-lenang keluar dengan pakwe... Tapi ‘blocked’ kawan sendiri sebab tak bayar hutang, pakej ugut saman!

“Allah balas kebaikan abang sebab pernah tolong dia, kalau saya pun mesti tolong balik orang yang pernah ada masa saya jatuh dulu.

“Aku tak ada sahabat baik macam ni bang, ada bini sahaja yang selalu susah dengan aku,” komen warga maya.

Saya bukan diamkan, kebetulan kewangan tak baik.

MOHD AKMAL

Berkongsi cerita dengan mStar, Mohd Akmal Hassan berkata, dia dan rakannya pernah belajar di sekolah yang sama, namun tidak rapat ketika itu.

“Kawan tu kenal macam tu saja dulu... lagipun sekolah sama cuma dulu tak rapat,” ujarnya.

Berkongsi hobi memancing, mereka berdua menjalinkan persahabatan sehingga kedua-dua keluarga saling mengenali.

Mengenai kejadian pada Rabu lalu, dia yang mesra disapa Akmal berkata, ketika itu isterinya diserang sawan.

“Saya kat hospital jaga orang rumah (isteri) yang sakit kena sawan, dia hidap strok sejak 2020.

Din pernah patah kaki kanan akibat jatuh tangga dan dibantu oleh Akmal.

Akmal pernah membantu Din yang patah kaki kanan akibat jatuh tangga.

“Disebabkan kena sawan, saya terpaksa hantar dia masuk hospital. Jadi saya kongsikan pasal tu di Facebook dan tak ceritakan pada rakan-rakan sebab tak mahu susahkan mereka,” ujarnya.

Dia yang berusia 35 tahun mengakui terkejut apabila menerima mesej WhatsApp daripada Din yang ‘memarahinya’ kerana tidak berkongsi masalahnya.

“Dia mesej saya tanya kenapa diam dan tak minta tolong,” katanya yang pernah membantu Din yang patah kaki kanan akibat jatuh tangga.

Sepanjang tempoh untuk pulih, pemeriksa kawalan kualiti di sebuah agensi kerajaan itu membantu membawa rakannya dan keluarga untuk ke mana-mana.

“Mungkin sebab itu dia rasa nak balas apa yang saya buat. Tapi saya buat semua ikhlas.

“Saya bukan diamkan, kebetulan kewangan tak baik. Sebab pernah tolong dia, perkara simple pun dia ambil berat, Alhamdulillah,” katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain