suria

Dikerah tanggung keluarga sejak kecil, siap bayar hutang mak ayah... Rupanya ramai terkena, tak buat dilabel anak derhaka

Gaji kecil membuatkan kebanyakan anak muda berkira-kira untuk perbelanjaan. -Gambar hiasan The Star

KISAH mengenai anak menanggung beban keluarga dan menghadapi masalah kewangan menjadi topik bualan hangat warga maya sejak kebelakangan ini.

Antara mereka mendedahkan sikap segelintir ibu bapa yang menjadikan anak-anak sebagai sumber pendapatan dalam keluarga.

Berkongsi pandangan itu, seorang pelayar X menyatakan terdapat anak yang terpaksa hidup susah dan terbeban dengan kewangan gara-gara perlu menanggung hutang keluarga.

Malah dakwanya, segelintirnya dikerah bekerja dari usia muda dan dimanipulasikan sebagai ‘tanggungjawab' anak.

“Betapa ramainya anak-anak hidup susah sebab bayarkan hutang keluarga, dikerah bekerja dari muda, dimanipulasi atas kad ‘tanggungjawab’ anak.

Kebanyakan anak muda mengalami masalah kewangan. -Gambar hiasan The Star

Sebahagian belia tertekan kerana masalah kewangan. -Gambar hiasan The Star

“Padahal kerja menanggung keluarga tu atas bahu mak ayah.

“Baru satu Malaysia tahu wujud mak yang sanggup anak dia dicemuh orang selagi dia dan anak-anak kesayangan tak dapat duit,” katanya.

Dia turut berkongsikan kisah tentang seorang rakan yang mempunyai pendapatan bulanan lebih tinggi tetapi terpaksa melakukan pelbagai kerja supaya mendapat wang tambahan.

Mana tidaknya, duit yang diperoleh nampaknya lebih menumpukan kepada tanggungan dan keperluan kedua ibu bapanya serta keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita minta ibu bapa faham anak dah dewasa ada life sendiri, tak boleh berkepit 24 jam

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya kerana ada slip gaji, mak ayah harap anak perempuan tunggal tanggung keluarga... yang lelaki dibiar naik lemak, tak bekerja

“Aku ada seorang kawan, kerja dia memang antara kerja yang dapat bayaran tinggi. Tapi dia selalu cari jalan nak buat duit lebih.

“Husband aku tanya kenapa kawan ni asyik nak cari duit lebih, padahal gaji tinggi lagi daripada kita? Aku jawab sebab mak dia asyik minta duit... dia lagi susah daripada kita,” tambahnya.

Lebih menyedihkan apabila setiap sumbangan anak langsung tidak dihargai.

Disebabkan itu, wanita ini bersama beberapa rakan cuba menasihati supaya tidak terlalu memaksa diri demi kepentingan dan kesenangan orang lain.

Sound like my family, apabila kita tak tolong mulut tu mula berzikir anak derhaka, siap pakej ungkit kita sakit masa bayi dulu.

WARGA MAYA

“Kawan aku ni ada master, kerja profesional. Tapi kena buat komisyen jual baju, buat affiliate, jual makanan... mak dia sikit tak ada rasa kasihan pada dia. Kami kawan sering nasihatkan.

“Sebagai masyarakat, kita kena berhenti sanjung mak macam nabi yang maksum. Jualan air mata ibu ni dah tak laku sekarang, cukup kita jaga dia di usia tua jangan sampai dia tak makan dan tak berbumbung.

“Fenomena mak bapa 'mentekedarah' duit anak ni macam barah dalam masyarakat kita,” katanya lagi.

Membandingkan situasi masa kini dan dahulu, dia turut menyatakan perbezaan gaya hidup yang menjadi punca masalah kewangan anak-anak.

Antara reaksi warga maya di ciapannya.

Sebahagian reaksi warga maya.

“Mak ayah dulu ditanggung anak, mereka duduk kampung. Gaya hidup borak di kedai kopi.

“Ibu-ibu buat kuih, makan dengan kawan-kawan... yang ni kau tanggung tak rasa sangat poket bocor.

“Mak bapa sekarang pula nak shopping dan travel. Hidup kena update kat sosial media. Anak-anak menanggung gaya hidup dia, biar susah janji mak ayah ada benda baru nak update,” luahnya.

Perkongsiannya itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Kebanyakannya bersetuju dengan pandangan tersebut kerana terlalu mengikut gaya hidup boleh menelan belanja yang tinggi.

“Saya cukup tak setuju dengan adat anak dah besar kena balas ibu bapa dengan cara kewangan. Kalau anak tu sendiri nak lain cerita, ini dah jadi paksaaan.

If you all want to have kids atas sebab 'nanti bila tua ada orang jaga', 'nanti anak kerja dia tanggung aku pula', 'anak ada kerja elok nanti boleh tumpang senang'. Just dont have kids!

“Seperti keluarga saya, apabila kita tak tolong mulut tu mula berzikir anak derhaka, siap pakej ungkit kita sakit masa bayi dulu... duit tabung kerja kena korek dengan depa. Menabung dari kecil tapi bila periksa baki simpanan kosong.

“Sebenarnya banyak kisah macam ni berlaku di sekeliling kita. Baik dalam kalangan artis mahupun rakyat marhaen. Anak-anak itu amanah daripada Tuhan, bukan pelaburan,” ujar beberapa warga maya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain