RAKAMAN video sekumpulan gagak seolah-olah mengepung kawasan rumah dan terbang mengikut seorang penunggang motosikal mendapat perhatian warga maya. Kawasan perumahan tersebut bukan sahaja riuh dengan bunyi sekumpulan gagak, malah berterbangan mengelilingi kediaman pemuda berkenaan. Meskipun dilihat mencuit hati kerana burung tersebut segera 'mengejarnya' sebaik diseru, namun ada yang meluahkan kebimbangan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Sebahagian mereka berpandangan bahawa burung hitam itu mahu membalas dendam kerana mungkin salah seekor daripada haiwan itu telah dicederakan. Berkongsi cerita dengan mStar, Nurul Anisya Mohd Sabri berkata, kawanan burung tersebut telah ‘mengganggu’ adiknya, Mohd Saiful Ikmal sejak Jun lalu. Namun katanya, ia dipercayai berpunca daripada tindakan adiknya yang membantu menyelamatkan seekor anak gagak yang terjatuh di tanah. “Masa tu nampak anak burung jatuh, dia pergi ambil tengok. Keesokannya gagak ikut kejar sampai sekarang. “Kejar sampai nak masuk Lebuhraya Persekutuan semasa dia pergi dan balik kerja,” katanya ketika dihubungi. Nurul Anisya berkongsi cerita mengenai adik lelakinya. Menurut gadis berusia 26 tahun itu, situasi sama berlaku hampir setiap hari meskipun adiknya memakai baju yang berbeza warna dan jenis termasuk mengenakan pelitup muka. “Pakai baju apapun gagak kenal dia juga. Tak tahu nak hentikan macam mana,” ujar Nurul Anisya mengenai adiknya yang berusia 24 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun kerja di bilik mayat, nurse akui sering diganggu, ada yang tunjuk depan-depan... bunyi burung gagak dah tahu apa petandanya! ARTIKEL BERKAITAN: Gempar gagak ‘membeku’ di udara, paruhnya masih bergerak Nurul Anisya turut memberitahu, anak gagak yang dijumpai itu sebenarnya tidak mati dan adiknya meletakkannya semula di tempat ia terjatuh sejurus melihat keadaan sekitar bertukar kecoh dengan bunyi bising gagak, seolah-olah sedang marah. Mungkin situasi tersebut kelihatan melucukan, namun kumpulan gagak dikatakan membawa pelbagai jenis penyakit. Akmal bekerja sebagai juruteknik Honda di Subang Jaya. Malah, adiknya yang bekerja sebagai juruteknik Honda di Subang Jaya, Selangor, sering dipatuk burung di bahagian kepala, namun mujur memakai topi keledar setiap kali kejadian itu berlaku. "Pernah juga beberapa ekor gagak terbang betul-betul di atas kepala dia seperti ingin menyerang tetapi adik belum pernah terkena patukan," ujarnya. Gagak ni makhluk setia dan pendendam. Kalau tak buat salah ia tak kacau tapi jaga. Kalau salah, sampai tujuh keturunan ia ingat. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyatakan bahawa burung hitam itu seolah-olah 'berdendam' dengan adiknya. Tidak kurang juga yang menyamakan adiknya dengan watak anime Naruto, Itachi Uchiha dan menggelarnya sebagai Hitachi kerana menunggang motosikal. Antara reaksi warga maya. “Teringat semasa dekat asrama dulu ada seekor gagak tu terbang rendah. Dia tak sempat berhenti, dilanggarnya perut kita. “Tapi gagak pernah kejutkan saya pukul 4 pagi. Bising dia dekat tingkap, saya bangun tengok pintu pagar rumah terbuka. “Gagak ni makhluk setia dan pendendam. Kalau rasa tak buat salah ia tak kacau tapi jaga. Kalau ada salah, sampai tujuh keturunan ia ingat,” ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube