suria

Ketagih porno sejak remaja, lelaki jijik dengan diri sendiri tapi tak mampu berhenti - “Menyesal. lepas tu tengok balik”

Ketagihan pornografi memerlukan keazaman diri yang kuat untuk berubah. -Gambar hiasan

TIADA insan yang sempurna di atas muka bumi ini.

Setiap orang pasti melalui ujian dan dugaan yang berbeza terutama dalam usaha memperbaiki diri untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Melalui satu luahan tanpa nama di X, seorang lelaki mengakui dirinya sedang bergelut untuk membendung nafsu syahwatnya.

Ujian yang menimpa adakalanya boleh mematahkan semangat dalam diri. -Gambar hiasan

Menurut lelaki itu, dia mengalami ketagihan pornografi sejak awal usia remajanya.

"Saya berperang dengan ketagihan pornografi sejak berusia 12 tahun. Saya cuba berhenti dan berjaya untuk seketika.

"Tapi saya tetap ada curi-curi tengok sekejap dalam masa saya cuba jauhkan diri dari pornografi tu. Ketika masuk usia awal 20-an, ketagihan pornografi saya kembali dan lebih teruk dari sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayah umur 64 tahun masih ketagih porno, aktif sembang nakal di Telegram! Sisi gelap bapa alim terbongkar lepas anak pinjam telefon

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis mengaku ketagih porno sejak darjah 5, tidur dengan 10 lelaki! Penceramah motivasi anggap puncanya ‘tak dapat cinta lelaki disayangi di rumah’

"Paling menjadi-jadi sejak dua bulan kebelakangan ini, saya kerap gila tengok, tak boleh berhenti langsung.

"Setiap malam sebaik selesai melampiaskan nafsu saya akan rasa menyesal, tapi tak lama selepas tu tengok balik," kata lelaki itu meluahkan isi hatinya.

Tambah lelaki itu lagi, dia berasa jijik dengan keadaan dirinya dan risau tidak dapat lagi memulihkan ketagihannya itu.

Jangan pernah putus harapan dengan rahmat Allah, kerana rahmat Allah mengatasi kemurkaan-Nya

WARGA MAYA

"Saya rasa diri saya ni dah macam tak layak nak bertaubat sebab banyak gila tengok pornografi. Kadang tu rasa takut nak tidur, sebab ada terfikir kalau Allah ambil nyawa ketika saya baru selepas buat dosa.

"Rasa malu sangat dengan diri ini, sebab luaran orang tengok saya ni macam baik-baik je, tapi lain hakikatnya. Kalau ada orang kata saya ni baik, saya akan terdiam sebab saya tahu siapa diri saya yang sebenar.

"Walaupun rasa penyesalan tu ada, tapi saya masih tak boleh berhenti pornografi. Lagi satu, ada timbul perasaan dalam diri ni yang beranggapan saya pasti akan jadi ahli neraka, jadi apa gunanya bertaubat?

"Saya buntu dan saya takut untuk diri saya, apa cara untuk keluar dari tempat gelap ini?" rayu lelaki itu mengenai masalah dirinya.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya cuba memberikan kata-kata semangat kepada lelaki itu.

"Sibukkan diri sampai satu tahap kita rasa penat fizikal dan mental. Bila balik rumah, mandi dan terus tidur. Saya faham, perubahan terutama sekali yang melibatkan ketagihan tak mudah, tapi juga tak mustahil.

"Kita sebagai manusia sentiasa ada peluang untuk bertaubat, jangan pernah putus asa. Semoga dikuatkan iman buat anda, teruskan berusaha.

"Jangan pernah putus harapan dengan rahmat Allah, kerana rahmat Allah mengatasi kemurkaan-Nya," nasihat sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain