suria

Pelanggan cuma tahu kritik, kek 3kg harga RM119 pun dianggap mahal - “Jangan compare, tak ada lagi yang buat macam akak”

Kek seberat 3kg berharga RM119 yang dihasilkan Cakes by Nazlin. -Gambar FB Cakesbynazlin

BERGELAR seorang pembuat kek atau 'baker' bukan hanya perlu berdepan dengan pelbagai cabaran sewaktu proses menyiapkan tempahan, sebaliknya dugaan terbesar adalah berdepan pelanggan yang cerewet.

Dalam ramai-ramai pelanggan, pasti akan terselit seorang-dua yang banyak kerenah termasuklah yang jenis suka membuat tempahan pada saat akhir dan sebagainya.

Sebagaimana kita sedia maklum, proses untuk menyediakan kek khususnya custom made bukanlah mudah.

Seseorang pembuat kek harus mempunyai ilmu, bakat dan kreatif untuk menghasilkan kek yang mempunyai 'signatur' tersendiri.

kek 2

Antara kek yang ditempah pelanggan Cakes by Nazlin.

Disebabkan memerlukan lebih masa, tenaga dan kesabaran, maka tidak hairanlah kek custom made kebiasaannya harganya agak mahal lebih-lebih lagi apabila menggunakan bahan premium.

Namun masih wujud individu yang tidak mempunyai common sense apabila masih mempertikaikan harga kek yang ditetapkan kerana disifatkan terlalu mahal.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga maki-maki pekerja servis penghantar barang, kek RM113 hancur tengah jalan... Driver kumpul duit bayar tapi tak cukup RM3

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki tak salah alamat! Pembuat kek jelita dah tak risau dengan PKPB, pergi balai polis pun dah ‘meriah’ order - “Saya nak tanya betul-betul”

Justeru, seorang pembuat kek terpanggil membuat luahan untuk menegur kerenah segelintir pelanggan berperangai sedemikian.

Dia turut berkongsi salah satu pengalaman berdepan dengan seorang pelanggan yang disifatkan tidak mempunyai common sense.

Kalau teringin nak makan kek have-have, kumpul duit. Jangan tahu complaint.

NETIZEN

"Berat kek size 5 inci yang kononnya dikata mahal yakmat (yang amat) selepas deko. Ini belum deko dah 3 kilogram. Ya, coklat 100 peratus dibalut satu kek sebelum balut dengan Russian buttercream atau fondant.

"Harga promo sekali deko RM119.90. Pun mahal lagi? Kek *** tak sampai 1.5 kilogram kosong tanpa deko pun dah lebih RM120," tulisnya dalam satu hantaran menerusi akaun Cakes by Nazlin di Facebook.

Tidak hanya mempertikaikan harga kek, ujarnya, pelanggan tersebut turut membuat perbandingan antara kek yang dihasilkannya dengan baker yang lain.

"Jangan compare kek akak dengan orang lain. Sebab setahu akak, tak ada lagi yang buat 'hard ganache' kek macam akak.

"Ini condemn kek akak mahal, lepas itu bandingkan pula dengan yang se'coet' (kecil) sizenya. Agak-agaklah kan. Pakailah common sense sama. Then, still nak complaint mahal lagi? Ada akal, gunakan, jangan letak di lutut," luahnya dalam nada kecewa.

komen kek

Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buatnya.

Perkongsiannya mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya melontarkan kata-kata semangat dan sokongan.

"Ya Allah seriuslah 3 kilogram RM119. Saya punya chocolate moist sekilo lebih pun RM55. Murah sangat dah tu.

"Customer tu sahih tak pernah beli kek. Nak murah, buat sendirilah.

"Saya bukan baker tapi tahu barang-barang bakeri memang mahal. Kalau teringin nak makan kek have-have, kumpul duit. Jangan tahu complaint," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain