suria

Ditemubual media Bangladesh... Wanita Malaysia luah kebahagiaan, mentua layan baik! ‘Cair’ suami tak putus asa minta nombor

Wanita terbabit berkongsi kisah perkenalannya dengan suami kepada media Bangladesh.

PERKAHWINAN campur bukanlah perkara asing dalam masyarakat Malaysia.

Sejak kebelakangan ini, ramai wanita yang gemar mendedahkan tentang perkahwinan mereka bersama warga asing kerana mahu berkongsi kehidupan bahagia yang dibina.

Malah, disebabkan beberapa perkongsian yang tular di media sosial, terdapat lelaki tempatan yang berasa cemburu sehingga membandingkan diri mereka dengan warga asing.

Tidak kurang juga yang meminta supaya golongan wanita yang berkahwin campur ini terus menetap di luar negara dan tidak pulang ke Malaysia.

Tangkap layar video rakaman temu ramah bersama media Bangladesh.

Tangkap layar video rakaman temu ramah bersama media Bangladesh.

Seperti seorang pelayar X, dia membuat ciapan yang berbaur sinis terhadap video seorang wanita bersama pasangannya yang ditemubual oleh media tempatan Bangladesh.

"Bagus kak. Boleh terus duduk Bangladesh, buka kedai di sana," ciapnya ringkas.

Menerusi rakaman video 2 minit 20 saat itu, wanita tersebut menceritakan detik pertemuannya dengan jejaka Bangladesh itu serta perasaan berada di negara berkenaan.

Malah katanya, dia disambut dengan baik serta meriah oleh keluarga lelaki warga asing tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita nikah jejaka Bangladesh kenal di kilang! Majlis di kampung suami meriah, dapat layanan VIP - “Tak seteruk kita sangka”

ARTIKEL BERKAITAN: Ditanya tentang halangan kahwin lelaki Nigeria, wanita ini terus kongsi video keluarganya yang ‘sempoi’... 4 anak suka makan tempoyak, hantar sekolah biasa je!

"Mula jumpa di restoran, dia minta nombor telefon saya, mula-mula tak bagi... tapi selepas banyak kali, saya pun bagi dan kemudian dia proposed saya.

"Mestilah gembira (kahwin). Keluarga semua baik, sini (Bangladesh) bezanya di sini bagi makan... kat Malaysia tak ada. Sini sambut dengan gembira dan saya okay.

"Saya akan datang sini kerana ibu dan ayah (mentua) masih ada," tambahnya menerusi rakaman temu bual yang tular.

Suaminya itu juga fasih berbahasa Melayu serta menterjemahkan soalan yang dikemukakan dalam bahasa Bangladesh kepada isterinya.

Eloklah kahwin dengan Bangla daripada kahwin dengan Melayu bela biawak hidup kemudian curang sana sini.

WARGA MAYA

Video yang dikongsikan itu mendapat perhatian warga maya dan kebanyakannya memberi komen dan reaksi positif.

"Tengok lelaki tu nampak jujur.

"Dia macam orang normal citizen Korea kahwin dengan orang Melayu cakap saya suka Malaysia terus jadi artis kat sini.

"Moga kakak bahagia dengan jodoh akak, saya pernah pergi sana... pernah kerja jaga mereka. Ramai orang baik-baik, rajin-rajin.

Kebanyakan warga maya memberikan reaksi kurang senang dengan video tersebut.

Kebanyakan warga maya memberikan reaksi kurang senang dengan video tersebut.

"Saya rasa orang Bangladesh okay lagi... mereka rajin kerja pandai cari duit better dari Rohingya suka cari masalah," ujar beberapa warga maya.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang menyalahkan sikap beberapa lelaki Malaysia kerana tidak setia serta malas bekerja sehingga menyebabkan golongan wanita memilih warga Bangladesh.

"Kalau jantan (lelaki) Melayu pun kaki curang, pukul pula tu, pemalas kerja lagi. Cukup pakej... semoga bahagia kak.

"Orang Melayu yang condemn ni tak pandai cari duit, bising ja lebih pasal Bangladesh kahwin dengan wanita Melayu.

"Lelaki Melayu paling takut kalau perempuan Melayu kahwin bangsa asing sebab ada inferiority complex.

"Eloklah kahwin dengan Bangla daripada kahwin dengan Melayu bela biawak hidup kemudian curang sana sini. Tak cukup satu, lelaki Melayu 'goyang' perempuan lawa pilih Bangla," tambah beberapa netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain