suria

Nak makan sedap, order macam-macam lepas tu report kedai mahal! Pelanggan tak pandai kira bajet kena ‘sound’

Harga makanan di restoran berbeza-beza disebabkan beberapa faktor. -Gambar hiasan

KERAP kita dengar aduan daripada pelanggan yang manyatakan restoran tertentu meletakkan harga cekik darah.

Walaupun mungkin ada sesetengah peniaga yang sengaja mengambil kesempatan, namun tidak dapat dinafikan keadaan ekonomi hari ini juga mendesak.

Seorang lelaki mengeluh apabila melihat terdapat dakwaan tidak berasas mengenai kedai makan mahal yang dikongsi di platform media sosial.

Makanan laut boleh dikategorikan sebagai hidangan premium di restoran. -Gambar hiasan

Menurut lelaki itu, banyak faktor yang perlu diambil kira untuk menentukan jika sesebuah kedai itu menjual pada harga mahal.

"Kau sendiri yang nak makan sedap, tapi bila kena bayar mahal, kau pergi viralkan peniaga tu. bagi reviu buruk. Padahal diri sendiri yang tak pandai mengira.

"Sebab tu kena ada perancangan sebelum nak beli apa-apa. Kena tahu kos, kemampuan dan keadaan kedai. Bukan semua kedai kita boleh sapu rata, ini bukan kedai mamak yang sekadar kira cincai-cincai.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru nak hulur tangan, pelanggan letak duit atas meja... Pelan-pelan peniaga cucur udang kutip sambil senyum

ARTIKEL BERKAITAN: Selera terbantut! Pelanggan kecewa peniaga tergamak jual ayam bakar rentung, tak sanggup nak bagi mak ayah makan

"Itulah kecil-kecil dulu mak suruh belajar matematik, bukan pergi belajar menyanyi dan tularkan benda yang tak betul. Semua tu common sense, buat malu diri sendiri je," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Lelaki itu kemudiannya secara sinis mengatakan jika seseorang itu mahukan harga hidangan yang berpatutan dan kena dengan selera tekaknya, bolehlah cuba memasak sendiri di rumah.

"Nak makan seafood? Cari ikan sendiri dan boleh masak sendiri. Nak pancing ikan ke atau beli pasar pun boleh, dekat Terengganu ni banyak yang segar baru naik, puas hati makan anak-beranak.

Kalau betul nak harga seafood murah, boleh beli ikan sendiri di pasar dan bawa ke kedai untuk minta dimasakkan je.

WARGA MAYA

"Ini apa yang saya boleh katakan, nak merasa makan ramai-ramai di kedai tu boleh tapi kena tahu bajet. Tak kan dah pergi makan 20 orang kau nak harga untuk dua orang makan.

"Pengiraan mudah pun nak kena ajar ke. Mohon mereka ni join grup yang ajar pengiraan matematik asas, saya pun boleh ajar kalau nak, secara percuma lagi," kata lelaki itu berseloroh.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan pandangan yang diketengahkan lelaki itu.

Sebahagian komen warga maya.

"Kadang kalau kita periksa aduan kedai makan mahal ni, apabila kita tengok dalam bil mereka, ada tertulis udang, ketam dan sotong lagi. Jadi saya rasa wajar la yang harga dikenakan tuan kedai.

"Baru sekarang faham mengapa relevan ada subjek kewangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Kalau betul nak harga seafood murah, boleh beli ikan sendiri di pasar dan bawa ke kedai untuk minta dimasakkan je," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain