DUGAAN demi dugaan yang perlu dihadapi seorang rider penghantar makanan bagai sudah menjadi lumrah. Antara cabaran utama yang sentiasa dihadapi golongan ini adalah kerenah pelanggan yang pelbagai ragam. Melalui satu perkongsian di X, didedahkan tangkap layar perbualan antara rider penghantar makanan dengan seorang pelanggan yang disifatkan sebagai tidak berhati perut. Rider penghantar makanan rata-ratanya bekerja keras untuk mencari rezeki. -Gambar hiasan Meneliti perbualan mereka berdua, pelanggan tersebut seperti tidak berpuas hati apabila rider itu memaklumkan akan tiba sedikit lewat kerana cuaca sedang hujan "Maaf encik kalau lambat, saya pickup makanan dari Sentosa ke Bukit Raja, Selangor. "Jarak tujuh kilometer, sekarang ni pun jalan tengah jam (sesak) sebab hujan," jelas rider penghantar makanan itu sekitar pukul 6.50 petang. ARTIKEL BERKAITAN: Rider pangkat atuk-atuk gigih cari rezeki, sempat isi susu dalam tiub hidung sambil tunggu order siap - “Customer belanja makan, Alhamdulillah” ARTIKEL BERKAITAN: “Memang orang pandang rider ni jijik ya?” - Lelaki rasa terhina pelanggan campak duit luar pagar, kutip dalam hujan demi rezeki anak Namun, pelanggan tersebut nampak seperti tidak boleh menerima alasan sedemikian kerana dikatakan sudah membayar untuk mod penghantaran secara terus (direct delivery). "Lambat sangat ni, saya bayar untuk direct delivery," kata pelanggan itu kecewa selepas menunggu hampir 10 minit. Pada pukul 7.17 petang rider itu akhirnya selamat tiba dengan membawa pesanan pelanggan tersebut. Tengah hujan la woi, kalau nak cepat sangat anda dipersilakan untuk pergi ke kedai sendiri. WARGA MAYA "Maaf la saya baru sampai dalam hujan, saya reda. Tak boleh terima dah ke?" soal rider itu apabila melihat pelanggan tersebut sudah membatalkan pesanan dalam aplikasi. Namun, jawapan yang diberikan pelanggan tersebut membuatkan ramai panas hati. "Macam ni la encik, saya tahu encik cari rezeki. Cuma saya rasa tak adil untuk pelanggan order makanan tetapi pesanan tidak tiba pada masa yang ditetapkan. "Ini nasihat saya kepada encik, kalau tahu jauh dan tak boleh sampai pada masa yang sepatutnya, bagi je la order tu pada rider lain. "Anggap itu bukan rezeki encik," kata pelanggan berkenaan. Sebahagian ciapan balas warga maya. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menyelar tindakan pelanggan itu yang disifatkan sebagai mementingkan diri sendiri. "Tengah hujan la woi, kalau nak cepat sangat anda dipersilakan untuk pergi ke kedai sendiri. "Mohon bertimbang rasa, tengah hujan kot. Aku kalau waktu hujan sebolehnya elak order makanan, kesian dekat rider kena meredah, mereka pun manusia. "Ini perspektif saya sebagai seorang rider. Ingat kami ni sengaja ke nak lambat, kami juga nak cepat supaya banyak order boleh buat, lagi banyak duit boleh masuk. Ini keadaan yang memaksa," demikian kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube