FAKTOR persekitaran berkait rapat dengan kualiti hidup seseorang. Ketika dunia pesat membangun, kelestarian alam akan terjejas dan kesihatan manusia boleh terancam dengan pelbagai bentuk pencemaran. Pencemaran air dan udara antara yang sering diketengahkan namun ada satu lagi klasifikasi pencemaran yang ramai terlepas pandang. Kesesakan trafik di pusat bandar adalah satu kebiasaan. -Gambar hiasan The Star Melalui satu perkongsian di TikTok, seorang usahawan tanah air yang pernah bermastautin di Jerman, Riza Amir, mendedahkan pencemaran bunyi juga boleh membawa impak yang besar kepada manusia dan kualiti kehidupannya. Menurutnya, sepanjang dia berada di negara Eropah itu, jiwanya lebih tenang jika hendak dibandingkan dengan Malaysia yang persekitarannya digambarkan sebagai hiruk pikuk. Jelas Riza, pencemaran bunyi ini terdiri daripada kehadiran bunyi yang tidak organik seperti siren polis atau ambulans, bunyi enjin kenderaan dan tapak pembinaan. ARTIKEL BERKAITAN: Jejaka Jerman pandai ambil hati mentua, peluk cium macam mak sendiri... Wanita Shah Alam tahan rindu PJJ lagi, tak sabar tunggu visa siap! ARTIKEL BERKAITAN: Ada yang ketawa, ada juga risau tengok remaja Malaysia jatuh tergolek main salji di Jerman... benarkah segala plot dah dirancang? "Kita sebagai rakyat Malaysia anggap benda ni biasa, iaitu bunyi trafik dan bunyi peralatan elektronik seperti penghawa dingin. Sampai kita tak sedar pun tentang kewujudan perkara ini. "Tapi selepas saya menetap di Jerman untuk beberapa ketika dan selepas itu pulang semula ke Malaysia, ini benda yang menjejaskan kehidupan saya dengan sangat teruk. "Sebab dekat Jerman saya boleh katakan tiada langsung pencemaran bunyi, kosong, tenang rasa diri ni. Jadi bila dah balik ke Malaysia, baru saya sedar pencemaran bunyi ni boleh buat hidup kita jadi stres. "Kualiti hidup kita boleh merosot, dan kita akan sentiasa berasa tergesa-gesa. Sampai susah kita nak buat keputusan yang betul dalam hidup ni," jelas Riza. Tempat yang sebetul-betulnya tak ada pencemaran bunyi adalah di dalam kubur WARGA MAYA Sebagai makluman, Jerman mempunyai akta kawalan bunyi yang ketat seperti larangan berbuat bising bermula dari pukul 10 malam hingga ke 6 pagi keesokan hari, jika ingkar boleh dikenakan tindakan undang-undang. Selain itu, setiap hari Ahad semua kedai dan pusat beli belah akan ditutup melainkan perniagaan yang berkeperluan seperti farmasi dan stesen minyak, menjadikan ia satu hari yang sunyi dan tenang. Menjengah ke ruangan komen, warga maya sempat berjenaka mengenai tempat yang sunyi di Malaysia. Sebahagian komen warga maya. "Saya asal kampung, jangan ingat senyap je kawasan desa, setiap malam ada bunyi cengkerik dan kodok, sampai nak tidur kena tutup telinga dengan bantal. "Ini Malaysia masih boleh diterima lagi pencemaran bunyi dia, kalau duduk di New York, Mumbai atau Jakarta, itu memang bingit setiap masa telinga. "Tempat yang sebetul-betulnya tak ada pencemaran bunyi adalah di dalam kubur," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube