suria

Suami joli sakan duit hasil jual rumah, barang kemas arwah isteri! Kini anak bimbang WTD pun ayah nak bolot seorang

Masalah pembahagian harta pusaka sering timbul dan membuatkan ahli keluarga bergaduh. -Gambar hiasan The Star

HARTA pusaka yang ditinggalkan individu yang sudah mati sering menyebabkan perbalahan antara adik beradik mahupun sanak saudara.

Namun baru-baru ini seorang anak meluahkan kesedihan di media sosial selepas sering dituduh 'kacang lupakan kulit' gara-gara bertanyakan sama ada dia berhak mendapatkan wang tidak dituntut (WTD) milik arwah ibunya.

Mana tidaknya, menerusi hantaran pertanyaan yang dibuat itu, wanita ini menyatakan keinginan untuk menuntut wang tersebut dari agensi terlibat tanpa melibatkan bapanya.

"Nak tanya, arwah ibu ada wang tidak dituntut. Bolehkah anak-anak yang pergi tuntut tanpa melibatkan ayah?" tulisnya.

Orang ramai boleh membuat semakan WTD di laman sesawang Jabatan Akauntan Negara.

Orang ramai boleh membuat semakan WTD di laman sesawang Jabatan Akauntan Negara.

Persoalannya itu mendapat pelbagai maklum balas dengan kebanyakan daripada warga maya memberi komen negatif dan menyindirnya seolah-olah tidak mengenang jasa.

"Jangan makan sendiri... bagi pada adik-adik juga termasuk bapa, jaga bapa baik-baik. Jangan lupa daratan.

"Dah dapat tu jangan lupa jaga ayah elok-elok. Hargai mereka sebagaimana mereka membesarkan kamu.

"Ayah kena lepaskan hak dia sebagai waris faraid masa bicara pusaka sebab ayah ada hak dia dalam 1 per 4. Baik buruk ayah tu, memang itu hak dia," ujar beberapa warga maya.

ARTIKEL BERKAITAN: Songlap duit pencen, tak bahagi harta ikut faraid! Anak saudara dedah makcik kini sakit misteri, saran kembalikan hak waris teraniaya

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ‘pergi’ tak tinggal harta, 6 beradik tak serabut fikir faraid! Kereta jual masa sakit, yang ada cuma baju-baju bundle RM5

Menyedari ramai yang mengecamnya tanpa mengetahui situasi sebenar, pelayar Facebook ini menjelaskan punca dia enggan memaklumkan tentang wang tidak dituntut itu kepada bapanya.

"Salam semua, sebab ramai yang emosi... saya terangkan sikit ya, kami dua adik-beradik.

"Saya 26 tahun dan abang 37 tahun. Semasa arwah ibu meninggal, ayah kami jual semua barang kemas arwah dan kami tak dapat apa-apa," luahnya di ruangan komen.

Bukan itu sahaja, wang tunai di dalam peti besi juga telah diambil kesemuanya oleh bapanya.

WTD arwah tak banyak, hanya RM3,400. Tujuan saya bertanya, kalau ayah tahu tentang WTD ni... ayah akan ambil semua juga.

WARGA MAYA

Rumah yang didudukinya sejak kecil bersama arwah ibu telah dijual meskipun dia dan abangnya merayu supaya satu-satunya kenangan itu dikekalkan.

"Kami merayu jangan jual sebab itu sahaja tinggal, tempat kenangan kami.

"Duit jualan rumah, kami memang tak dapat apa-apa," tambahnya.

Menjelaskan mengenai wang tidak dituntut yang ingin diambilnya itu, ujar wanita ini, jumlah yang ada hanyalah RM3,400.

Netizen turut memberikan pandangan masing-masing.

Netizen turut memberikan pandangan masing-masing.

Menurutnya, jika perkara itu diketahui, dia percaya bapanya akan mengambil kesemua wang berkenaan.

"WTD arwah tak banyak, hanya RM3,400. Tujuan saya bertanya, kalau ayah tahu tentang WTD ni... ayah akan ambil semua juga.

"Sebab itu saya nak tahu boleh atau tidak saya dan abang tuntut tanpa melibatkan ayah," jelasnya.

Penjelasan kisahnya itu membuatkan beberapa warga maya lagi tampil berkongsikan cara untuk mendapatkan wang berkenaan.

Malah ada yang menyatakan ia boleh diperoleh tanpa memerlukan kehadiran bapanya.

Namun begitu ada yang menasihatkannya supaya tidak melakukan perkara sama seperti bapanya yang membolot semua harta pusaka tanpa memfaraidkan kepada ahli yang layak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain