RUMAH tangga akan bahagia dan harmoni jika pasangan suami isteri saling memahami terutmanya ketika berdepan sesuatu masalah. Biasanya, sesebuah keluarga tidak dapat lari daripada berdepan isu kewangan dan ketika inilah suami dan isteri perlu rasional dan saling membantu. Melalui satu hantaran di Facebook, seorang wanita menunjukkan contoh yang baik apabila dia dengan senang hati membantu suaminya yang sedang kesempitan wang. Pengurusan kewangan yang kukuh akan memastikan kualiti hidup lebih terjamin. -Gambar hiasan Menurut wanita itu, si suami pada mulanya cuba menyembunyikan masalah tersebut namun firasat seorang isteri tidak pernah salah. "Semalam saya nampak suami diam je, saya tahu ada sesuatu yang tak kena. Lepas saya paksa baru dia cakap, rupanya dia nak guna duit tapi tengah 'kering'. "Saya tak cakap banyak terus buka satu beg dompet yang saya dah lama tak pakai, ada duit dalam tu saya simpan, saya serahkan dekat suami. Tapi suami terkejut kenapa duit tu berlipat rapi. ARTIKEL BERKAITAN: Sampai guna gergaji! Lelaki ini pecah tabung selepas 7 tahun, berjaya simpan lebih RM5,000... Seronok mampu beli iPhone 14 tunai ARTIKEL BERKAITAN: Ramai puji budak umur 7 tahun tak guna ‘kelebihan’ anak bongsu, gigih menabung demi sebuah basikal walau kakak mampu beli "Dia cakap tak payah la sebab tu duit saya simpan, tapi saya tetap bagi juga, saya kata ini bahagian dia. Terus tersenyum suami sampai nak terkeluar air mata dia. "Tapi dia tak jadi menangis sebab tahu dia kena bayar balik dua kali ganda nanti," kata wanita itu sempat berseloroh. Tambah wanita tersebut, duit simpanan yang diberikan itu adalah hasil pemberian nafkah daripada suaminya. Jangan risau ya para suami, orang perempuan ni pandai membeli dan pada masa sama dia pandai menyimpan. WARGA MAYA "Memang itu duit simpanan saya tapi datang daripada suami juga. Setiap kali suami bagi duit gaji atau upah yang dia dapat daripada kerja part-time, saya akan selit sikit dalam beg dompet diam-diam. "Balik kampung kalau mak mentua ada bagi duit, saya akan selitkan juga diam-diam. Suami saya terkejut sebab saya boleh simpan sebanyak tu, dia tahu saya ni 'kencang guna duit. "Dalam setiap duit tu, sama ada daripada usaha keras suami, pemberian mak mentua atau mak sendiri, akan ada nilai sentimental. Suami siap cakap betul kata ustaz yang isteri ni pandai buat magic. "Pengajaran daripada sini adalah jangan kedekut nak bagi isteri duit belanja, InsyaAllah nanti isteri pandai buat magic yang boleh beranakkan duit tu. Kalau kedekut dengan isteri, sempit rezeki, ini ustaz kata," ujar wanita itu. Sebahagian komen warga maya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji wanita itu yang dilihat cekap menguruskan kewangan rumah tangganya. "Sama la saya, kad dengan bank semua isteri yang control, dalam rumah tangga ni isteri ibarat akauntan kita. "Bagus menyimpan atau menabung dari awal macam ni, kalau waktu terdesak tak ada la kita cemas, sediakan payung sebelum hujan. "Jangan risau ya para suami, orang perempuan ni pandai membeli dan pada masa sama dia pandai menyimpan," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube