HIDUP berpoligami tidak semudah yang disangka, lebih-lebih isteri kedua sering dilabel sebagai 'penyondol'. Namun bukan semua menyedari diri mereka hidup bermadu, dan kebenaran itu sememangnya menyakitkan sebagaimana perit dirasai isteri pertama. Seorang wanita berkongsi mengenai bekas jirannya yang sanggup berkorban selepas mendapati rupanya dia merupakan isteri kedua. "Jiran saya bernama Fiza (bukan nama sebenar) dan suaminya Akmal (bukan nama sebenar) berpindah rumah di lorong sebelah kediaman saya. "Fiza bekerja sebagai jururawat di sebuah klinik swasta. Orangnya cantik dan lemah-lembut. Patutlah Akmal terpikat dengan dia," kata wanita tersebut memulakan cerita tentang perihal jirannya. Seorang wanita memeriksa sesuatu dalam telefon bimbitnya. -Gambar hiasan Walaupun jarak usia 10 tahun, pasangan itu kelihatan sepadan dan dikurniakan seorang anak berusia enam bulan. Namun wanita itu mula berasa curiga dengan jirannya selepas si suami tidak lagi kelihatan. "Mula-mula pindah, aku nampak Akmal. Selepas enam bulan, aku dah tak nampak. Tapi mak Fiza dari Perak datang tinggal bersama," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Dua tiga hari sekali mak janda hujung lorong hantar makanan kegemaran suami... Wanita tak sangka rupanya berjiran dengan madu! ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ajak dating, rupanya esok bertunang dengan orang lain... Wanita ini terus 'block', enggan jadi 'penyondol' Lebih menghairankan apabila jirannya itu akhirnya membuat keputusan untuk berpindah ke kampung. Tidak lama selepas itu segala tanda tanya terjawab apabila jirannya membuat pengakuan yang dia sudah bercerai. "Sebenarnya aku dan Akmal dah bercerai. Habis edah ni, aku nak balik kampung dengan anak. Akmal tipu aku, sebenarnya aku ni isteri kedua dia," kata Fiza seperti diceritakan semula jirannya. Tidak semua wanita boleh hidup bermadu dan berkongsi kasih. -Gambar hiasan Menurut Fiza lagi, status suaminya yang beristeri dua terbongkar apabila berlaku tunggakan bayaran balik pinjaman perumahan. "Dia tak bayar bulan lepas, bank cari dia. Lepas tu aku hairan dengan alamat yang diberi. Aku siasat rupanya itu alamat rumah seorang wanita yang merupakan isteri pertama. "Mereka dah berkahwin 10 tahun, ada tiga anak lelaki. Isterinya suri rumah. Jodoh pilihan arwah ibu bapa Akmal," katanya. Dia rela diceraikan daripada bermadu. JIRAN Dimaklumkan oleh Fiza sendiri, dia pergi ke rumah isteri pertama suaminya untuk bersemuka dan tidak menyangka perkahwinan mereka sebenarnya diketahui dan direstui madunya itu. "Geram betul aku, apabila aku bersemuka dengan Kak B (isteri pertama). Kak B cakap dia terpaksa merelakan perkahwinan kedua kerana suami mengugut akan meninggalkan isteri pertama sekiranya tidak dapat berkahwin dengan Fiza yang berpendidikan dan berkerjaya. "Akmal sentiasa ada di rumah, jarang keluar. Akmal hanya pulang ke rumah Kak B pada siang hari saja. Dah setahun Akmal tak tidur di rumah Kak B. "Kata Kak B, dia rela bermadu daripada diceraikan kerana dia merupakan anak yatim dan tidak bekerja," ujarnya. Perpisahan menjadi jalan penyelesaian. -Gambar hiasan Menurut wanita itu lagi, Fiza kemudian membuat keputusan untuk berpisah kerana kecewa dengan lelaki yang rupa-rupanya isteri orang lain selama sedekad. "Tawar hati. Ingatkan Akmal sebagai suami mithali tapi meleset sama sekali. Dua bulan aku cuba hidup dalam kehidupan poligami tapi tak boleh. "Aku nak Akmal sentiasa ada dengan aku. Tapi pada sama, aku kasihan tengok Kak B dan anak-anaknya. Akhirnya aku undur diri. "Aku tak nak Kak B teraniaya, akhirnya kami berpisah secara baik," katanya mengimbas kembali luahan Fiza. Jelasnya lagi, luahan Fiza mengenai hidup poligami menyedihkan, lebih-lebih lagi dia enggan menjadi perampas suami orang. "Fiza kata dia tak nak jadi penyondol, tapi dia kena tipu. Dia rela diceraikan daripada bermadu. Dia mahu keikhlasan," ujarnya sambil menambah Fiza kini pulang ke kampung untuk menjalani kehidupan baharu bersama anaknya selepas berpisah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube