TIDAK dinafikan masyarakat terdahulu gemar membuat perjanjian mulut dalam apa sahaja urusan termasuk berkaitan tanah dan harta benda. Disebabkan itulah, urusan berkaitan harta pusaka sukar diuruskan generasi masa kini sehingga ada yang terbiar begitu sahaja. Seperti yang dialami seorang lelaki ini, tanah milik keluarganya didakwa dihuni individu lain selama 30 tahun. Tanah persendirian tidak boleh diceroboh. -Gambar hiasan The Star Menerusi hantaran di Facebook, dia menyatakan keluarga tersebut enggan keluar selepas diminta berbuat demikian. Bukan itu sahaja, keluarga tersebut juga meminta sejumlah pampasan daripadanya. "Duduk tanah orang 30 tahun. Minta keluar, dia minta pampasan... perlu bagi?," aju individu berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Berlagak alim tapi culas bayar sewa, siap guna hadis enggan keluar rumah... “Aku benci tunggang agama untuk tutup kesalahan” ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik menyesal bagi muka! Penyewa cabut lari tinggalkan rumah bersepah, setahun tak bayar sewa sampai hutang lebih RM10,000 Pertanyaan itu mengundang warga maya tampil memberikan pandangan masing-masing selain ada yang turut berkongsi nasib serupa. "Mula-mula buat laporan polis... kemudian maklum dekat pejabat tanah, semak kedudukan hak milik dan hantar surat bagi masa kosongkan tanah. Maklum TNB, air untuk potong... kemudian cukup tempoh roboh penempatan haram. "Kes saya tanah persendirian, nama seorang dan hak milik kekal... Bagi orang kampung lalu sebagai jalan pintas sementara nak dibangunkan, akhirnya saya kena serang siap potong guard rail. Sebab awal dia duduk macam mana? Senang cerita pasang peguam tengok siapa menang. WARGA MAYA "Pernah lalui hal ni, dulu merayu apabila kena halau tuan tanah terdahulu. Selepas duduk secara percuma lebih 30 tahun, minta pampasan selepas disuruh pindah... masuk mahkamah, tuan tanah kena bayar pampasan ihsan RM25,000," demikian ujar beberapa warga maya. Ada juga berpandangan supaya pelayar Facebook tersebut memberikan pampasan bagi memudahkan urusan keluarga terbabit. "Boleh bayar pampasan tapi sebelum tu kena kira tunggakan sewa selama duduk di tanah tersebut... bayar sewa tertunggak, baru boleh bayar pampasan. Sebahagian reaksi warga maya. "Kalau ikut undang-undang, 30 tahun ada kebenaran pemilik tapi apabila pemilik suruh keluar, wajib pendatang tu keluar ikut arahan. Bab pampasan, ikut apa yang pendatang usahakan, kalau rumah ada, kebun ada, pemilik kena bayar ikut apa yang kedua pihak setuju," tambah segelintir netizen lagi. Pun begitu, terdapat segelintir netizen yang beranggapan keluarga tersebut mempunyai 'perjanjian' dengan nenek atau datuknya sebelum ini sehingga mereka boleh tinggal berpuluh tahun secara percuma. "Sebab awal dia duduk macam mana? Senang cerita pasang peguam tengok siapa menang. "Yang menuntut ni pewaris atau tuan tanah yang pernah berurusan dengan si polan (penghuni) 30tahun dulu? Mesti ada apa-apa perjanjian yang dibuat oleh tuan tanah dengan si polan tu. "30 tahun kata awak... 30 tahun cerita orang tu pun nak kena tahu juga. Perjanjian dulu tu macam mana dengan siapa? Bab ni kita kena letak tepi dulu soal hak dan undang-undang," ujar beberapa warga maya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube