SUKAR untuk diterima logik akal. Itulah yang dapat digambarkan mengenai insiden aneh yang dialami oleh seorang pengusaha kek. Mana tidaknya, kek yang sudah disiap dibakar secara tiba-tiba dikesan mengandungi serpihan kulit telur. "Cerita tiga minggu lepas. Nak difikirkan tak tercapai dek akal. Mustahil tak nampak sebanyak-banyak kulit telur dalam adunan. Bukan guna mesin besar yang boleh adun bertan-tan telur. "Dari baking sorang-sorang (2015) hingga ambil staf bersilih ganti (majoriti bukan baker dan diajar dari zero), belum pernah berlaku macam ni. Mujurlah sebiji je. Itu pun dah speechless," kongsi pengusaha kek tersebut, Intan Liana Zafira Ismail, dalam satu hantaran di Facebook. Belalang hijau yang ditemui pada meja di lokasi jualan. -Gambar FB Intanlianazafira Ismail Menurutnya yang merupakan pemilik SukaCakes dari Sarawak, kejadian disedari oleh seorang staf yang ditugaskan untuk membuat dekorasi pada kek yang sudah siap dibakar. Malah tambah wanita ini, agak mustahil jika berlaku insiden 'terlepas pandang' memandangkan pihaknya mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi dalam pembuatan kek. ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan cuma tahu kritik, kek 3kg harga RM119 pun dianggap mahal - “Jangan compare, tak ada lagi yang buat macam akak” ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga maki-maki pekerja servis penghantar barang, kek RM113 hancur tengah jalan... Driver kumpul duit bayar tapi tak cukup RM3 "SOP kami telur pecah sebiji-sebiji di bekas berasingan sebelum masuk bowl bancuhan. Allah je tahu apa yang luar dari pengetahuan saya. "Staf bahagian bakar respons tak tau. Kebetulan juga ke? Ada kaitan dengan cerita belalang dan stalker ke?" kongsinya yang dipercayai merujuk kepada 'pelesit'. Kek yang dihasilkan wanita ini mendapat sambutan ramai. -Gambar FB Intanlianazafira Ismail Wanita itu juga mendedahkan, dia dan suami serta stafnya pernah terjumpa belalang di rumah dan di kedai namun tidak pasti jika ia mempunyai kaitan dengan insiden kulit telur tersebut. "Hanya Allah yang tahu. Aku berlindung pada Mu Ya Rabb. Cuba reda tapi hati ini berbolak balik," katanya sambil menambah, dia juga akan cuba mendapatkan pandangan daripada individu yang arif dalam bidang perubatan Islam sebagaimana saranan ramai. Kes macam ni makin banyak. Bukan niat nak menghasut atau menakutkan tapi memang fakta. NETIZEN Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut melahirkan rasa simpati dan mendoakan agar wanita tersebut dilindungi daripada perkara yang tidak diingini. "Akhir zaman ni kak... ustaz pesan orang dah tak takut dosa. Kes macam ni makin banyak. Bukan niat nak menghasut atau menakutkan tapi memang fakta. Apa-apa pun semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah. Antara komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan. "Teringat kisah yang viral baru-baru ni... rebus laksa penuh rambut. Rebus kali kedua pun rambut masih ada juga. "Buat solat hajat mohon petunjuk-Nya," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube