SETIAP individu pasti menetapkan ciri-ciri tertentu ketika mencari pasangan. Tidak dinafikan, segelintir wanita lebih mudah tertarik kepada lelaki yang mempunyai kedudukan kewangan yang stabil, dan selalunya faktor rupa paras akan 'jatuh' di tangga kedua. Bukan bermaksud golongan wanita seperti ini seorang yang materialistik atau 'pisau cukur', namun jaminan masa depan adalah perkara yang lebih diutamakan. Bagaimanapun, ada ungkapan berbunyi 'wang bukanlah segala-galanya'. Buktinya, seorang pemuda berkongsi mesej di laman X sambil mengakui dia masih belum bertemu jodoh biarpun berpendapatan sehingga belasan ribu ringgit sebulan serta belum mencecah usia 30 tahun. Pemuda yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu bertanya kepada warga maya mengenai tip untuk mencari jodoh dan meletakkan beberapa ciri untuk wanita yang ingin dijadikan pasangannya. Jodoh bukan hanya diukur dengan harta dan paras rupa sahaja, tetapi keserasian. -Gambar hiasan "Ada tip tak, nak cari jodoh yang tak pandang rupa, prefer moderate life (lebih suka kehidupan sederhana), dan bukan gold digger (pisau cukur)? "Rumah sendiri dah ada, kereta pun dah ada, gaji monthly RM15,000. Umur mid (pertengahan) 20an, kerja pun WFH (bekerja dari rumah), boleh jadi stay-at-home husband pun," tulisnya sambil berkongsi serba sedikit perkara mengenai dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: “Selipar pakai di kaki pun kita pilih berjam” - Hati-hati cari jodoh! Cuba perhati buah hati, masuk waktu solat apa reaksinya ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ‘reject’ lelaki B40, hanya pandang harta jejaka kaya... Rupanya enggan hidup susah selepas usaha keras bina kerjaya Tambah pemuda tersebut, dia sukar untuk mencari pasangan kerana tidak pandai bersosial, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan wanita. "Saya introvert yang awkward nak bersosial dengan perempuan. Tak tahu nak sembang kosong dengan perempuan. Apatah lagi nak sembang pasal romance ni. Nak buat direct eye contact dengan orang in general pun susah," kongsinya lagi. Perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya tampil memberikan tip kepada pemuda tersebut. Tak payah kot beritahu gaji. Perempuan sekarang independent... tak hairan sangat pasal duit tu. NETIZEN "Bukan hanya rupa. Attitude. Jangan pemalu atau introvert sangat. Jangan jadi 'anak emak' sangat. Kadang-kadang perempuan akan a bit turn off kalau terlalu manja sangat dengan mak. "Periksa personaliti dan tabiat kebersihan kamu. Biasanya mungkin sebab salah satunya. Atau, mungkin anda hanya seorang pemalu. Jika sangat pemalu, satu-satunya petua saya ialah, lakukan sahaja, jangan terlalu overthinking," ujar netizen. Bagaimanapun, ada juga yang berpandangan berkemungkinan dia sukar didekati wanita adalah disebabkan dirinya sendiri. Komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. Justeru, mereka menasihatkan pemuda tersebut supaya mengubah sikapnya dan pandangannya terhadap wanita. "Ini petanda redflag. Tanda orang redflag, dia akan beritahu gaji dia, apa yang dia ada. "Sentiasa wangi, tak perlu elok sangat, cukup nampak kemas. Dan tak payah kot beritahu gaji. Perempuan sekarang independent... tak hairan sangat pasal duit tu," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube