suria

Gadis malu dapat gel pelincir, cepat-cepat sembunyi dalam beg! Sangka diberi skincare atau serum, rupanya bukan!

Gadis menerima sampel produk percuma daripada seorang promoter.

PEMBERIAN sampel percuma kepada orang ramai merupakan antara cara terbaik bagi memperkenalkan produk dan jenama tentu dalam pasaran.

Hakikatnya siapa yang tak suka dapat barang percuma meskipun sekadar sampel.

Lebih-lebih lagi sampel produk kecantikan dan penjagaan kulit, pasti ada yang minta lebih.

Tular video di media sosial menunjukkan dua sekawan yang didatangi seorang promoter yang mengedarkan sampel produk baharu secara percuma, dipercayai berlaku berdekatan dengan stesen monorel di Kuala Lumpur.

Gadis menyembunyikan sampel produk yang diterima, di dalam beg.

Bagaimanapun, hanya seorang daripada dua gadis itu menerima sampel yang diedarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Awak belum kahwin eh?” - Promoter disindir selepas ‘sound’ ibu bapa tak pandai jaga anak, biar rosakkan barang jualan

ARTIKEL BERKAITAN: Tuala wanita berdarah, kondom terpakai bersepah atas lantai! Setahun warga kondo hadap perangai jijik penghuni misteri

"Tengah jalan keluar dari (stesen) monorel, tiba-tiba promoter datang bagi sampel produk. Tak kasi dekat aku, tapi bagi pada kawan. Seronok bukan main kawan aku," tulisnya.

Malah menerusi ruangan komen, dia memaklumkan rakannya itu menerima dua sampel produk berkenaan.

Nasib baik tak patah balik minta dan tanya pasal benda tu.

NETIZEN

"Promoter tu datang terus kasi, kami langsung tak tengok produk apa. Cuma ingatkan serum ke skincare ke.

"Aku sedih la orang tu tak nak kasi aku. Sekali periksa produk apa, alamak!" katanya yang terkejut sebaik meneliti semula sampel berkenaan.

Dua sekawan hanya ketawa lucu dengan insiden yang berlaku.

Rakaman berdurasi 22 saat itu menunjukkan dua gadis tersebut ketawa lucu dengan insiden yang berlaku.

Seorang netizen bagaimanapun menjelaskan bahawa sampel percuma yang diedarkan itu bukan kondom seperti yang disangka, sebaliknya ia merupakan produk pelincir untuk hubungan kelamin.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi selain menjadikannya sebagai bahan lawak apabila pelincir tersebut disalah anggap sebagai produk kecantikan dan penjagaan kulit.

"Nasib baik tak patah balik minta dan tanya pasal benda tu.

"Mesti dia ingat seorang lagi tu tak kahwin lagi, muka muda remaja," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain