suria

Hari pertama terus kena pecat, wanita kesal sikap tauke kedai emas... Merana duit habis bayar taska anak sebab nak kerja

Seorang wanita kesal diberhentikan kerja pada hari pertama.

HARI pertama bekerja pastinya mengujakan dan mendebarkan.

Namun pada masa sama, ia boleh menjadi dugaan paling hebat dalam hidup.

Seorang wanita berkongsi kisah sedih di laman sosial selepas dia dipecat pada hari pertama bekerja.

Menerusi satu perkongsian, dia memaklumkan memohon pekerjaan di sebuah kedai emas di selatan tanah air bagi jawatan eksekutif pemasaran.

Tangkap layar wanita itu mendengar penjelasan.

“Kedai emas ni buka jawatan kosong, saya mohon. Mereka telefon untuk temuduga, saya datang. Saya diterima kerja dengan gaji yang dipersetujui.

“Hari ini hari pertama saya kerja. Mereka sangat baik menyapa saya. Pada mulanya saya fikir ini adalah tempat kerja yang sangat baik, dan fikir saya datang kerja di sini untuk membantu meningkatkan jualan mereka.

“Sudah tentu kita merancang untuk mengembangkan syarikat. Tapi kita merancang, Allah juga merancang. Tak sampai setengah hari mereka jumpa saya dan cakap nak bagi percubaan seminggu,” tulisnya menerusi satu video.

Namun pada sebelah petang, lain pula yang berlaku apabila wanita terbabit dimaklumkan bahawa dia tidak mencapai jangkaan mereka sedangkan tiada skop tugasan diberikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki B40 ubah diri kepada T20 selepas dibuang kerja... teh tarik bungkus ikat tepi jadi punca, ubah kehidupan!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu 4WD sebak jumpa lelaki gigih tolak motosikal dari Tanjung Malim ke Penang selepas dibuang kerja, dibayar RM5 - “Dia dah macam hilang separuh nyawa”

Situasi yang berlaku ternyata membuatkan dia marah, sedih dan terkejut, serta kesal dengan tindakan segelintir pihak yang begitu mudah menilai dan menolak orang lain dalam masa sehari.

“Semudah tu je. Kalau tak nak ambil pekerja, jangan buka tawaran kerja dan jika saya tidak layak sekalipun, tolaklah semasa saya hadir untuk temuduga.

“Sekarang saya sudah keluarkan duit bayar taska untuk anak supaya urusan kerja saya tidak terganggu, dan saya sekarang kehilangan kerja. Ya Allah pedih.

“Tolonglah jangan simply ambil orang, dan reject macam tu. Jangan buat orang macam tak ada nilai,” luahnya.

Jangan buat orang macam tak ada nilai.

WANITA

Masih bersedih, dia mempertikaikan sikap majikan yang sewenang-wenangnya mengambil orang bekerja dan memberhentikannya tanpa belas kasihan.

Menerusi video berdurasi 33 saat itu, dia turut mengakui rasa amat terhina kerana dipecat secara tiba-tiba pada hari pertama.

Perkembangan terkini wanita itu susulan video luahannya tular.

“Anda pernah kena buang kerja macam ni? Apa yang mereka expect untuk sehari bekerja? Sedangkan saya buat apa yang mereka nak. Rasa hina sangat.

“Ada yang komen minta saya ambil tindakan, sebenarnya saya tak nak besarkan kes sebab saya percaya apa yang orang buat kat kita tu, biarlah Allah yang balas. Sekarang saya dah move on, Alhamdulillah.

“Dan saya akan upgrade skil saya apabila orang kata saya tak boleh buat kerja, tak pandai. Apa saja orang mengata, saya ambil itu sebagai satu inisiatif untuk saya terus belajar mencari lebih banyak ilmu untuk saya beri manfaat kepada orang lain,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaharu yang dikongsi menerusi story di TikTok pada Rabu, dia mengakui masih menganggur dan kini mengalami kesempitan wang.

Walau bagaimanapun dia tidak mengenal erti berputus asa dan terus mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan kehidupan bersama keluarga.

“Saya masih tak kerja lagi. Duit dalam akaun bank dan kering kontang. Insya-Allah, tetap berusaha tanpa jemu,” katanya lagi yang berjinak-jinak berniaga secara dalam talian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain