BELUM pun reda isu seorang pekerja kedai emas dipecat pada hari pertama bekerja, tular pula kisah seorang wanita mengenai pengalamannya berkhidmat sebagai jurujual emas. Menurutnya, bekerja di kedai emas bukan semudah yang disangka terutama melibatkan tugasan harian menyusun barang-barang kemas untuk dipamerkan. “Kerja kat kedai emas stres. Masuk kerja dia (pekerja senior) bagi kita emas untuk susun. Ini kena susun ikut line (garisan), kena lurus selurus-lurusnya. “Bayangkan aku susun cincin. Cincin tu tersangat banyak satu papan, ada 300. Aku susun ikut barisan kena lurus, tak boleh senget langsung. Bayangkan aku duduk menyusun dalam keadaan kepala pandang ke bawah,” katanya. Jurujual menyusun barang kemas. -Gambar hiasan / The Star Menganggap susunannya lurus, namun sangkaan meleset selepas pekerja senior melakukan pemeriksaan dan diarahkan untuk menyusunnya semula. “Kerja aku sehari susun cincin je. Ending (sampai habis kerja) tetap tak lurus juga, sakit tengkuk aku. Esok pagi aku bangun tidur rasa tak nak pergi kerja, tak nak susun cincin,” luahnya. Dia yang mesra disapa Kak Net memberitahu tugasannya pada hari kedua pula adalah menyusun gelang emas. ARTIKEL BERKAITAN: Hari pertama terus kena pecat, wanita kesal sikap tauke kedai emas... Merana duit habis bayar taska anak sebab nak kerja ARTIKEL BERKAITAN: Main WhatsApp, tengok video waktu kerja... Tauke kedai emas persoal isu amanah, perjelas kes pecat pekerja hari pertama “Ini pun kena lurus. Tak boleh bengkok. Sama juga hari kedua, aku duduk pandang bawah. Balik rumah tengkuk aku sakit. Ending tetap sama, susunan masih tak lurus “Yang tak best apabila rakan-rakan sekerja mengadu kat bos yang saya ni tak pandai lagi susun cincin. Suasana kerja memang teruk,” katanya menerusi video di TikTok. Orang ramai membeli emas sebagai peluang pelaburan. -Gambar hiasan Menurut Kak Net, dia tidak pasti sama ada susunan yang dilakukannya benar-benar tidak lurus seperti yang dikehendaki atau pekerja senior sengaja membulinya memandangkan dia merupakan pekerja baharu. Memasuki hari ketiga, kata Kak Net, dia perlu membersihkan ruang dalam kedai emas tetapi mengakui bahawa tugasan tersebut juga tidak mudah dan memberi tekanan. Stres kerja sebab hari-hari sakit tengkuk... tidur pun mimpi tengah susun cincin. KAK NET “Aku diminta mop lantai. Mop lantai je pun, kita mop la dengan cara apa sekali pun, yang penting lantai tu bersih. “Tapi tak boleh, mop kena ikut peraturan yang ditetapkan. Kalau (mop) dari kanan ke kiri, semua kena mop dari kanan ke kiri. Tak boleh kiri ke kanan, kanan ke kiri,” katanya. Kak Net hanya bekerja di kedai emas selama sebulan. Bercakap kepada mStar, Kak Net berkongsi pengalamannya bekerja di sebuah kedai emas di Selangor selepas tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kira-kira 15 tahun lalu. Dia difahamkan bagi tempoh tiga bulan pertama, pekerja baharu tidak boleh menjual emas kepada pelanggan dan perlu menjalani latihan termasuk menyusun barang kemas setiap hari. “Nak susun guna pembaris pun tak boleh sebab ada kaitan dengan isu keselamatan. Sebab pembaris mesti nak disimpan, jadi elak risiko kehilangan barang kemas. “Saya hanya bertahan selama sebulan. Akhir bulan, saya hantar notis berhenti kerja. Stres kerja sebab hari-hari sakit tengkuk. Sampai tidur pun saya mimpi tengah susun cincin,” kata wanita berusia 34 tahun itu ketika dihubungi mStar. Pelbagai jenis barang kemas dijual di pasaran. -Gambar hiasan / The Star Dia kini yang bekerja dalam bidang perbankan berpendapat bahawa kebanyakan mereka yang lama berkhidmat di kedai emas antaranya disebabkan pendapatan yang sangat lumayan. “Sebab duit ‘masyuk’ (lumayan). Ada sesetengah kedai tawarkan bonus dan komisyen terutama kalau dapat capai sasaran jualan. “Waktu saya kerja tu baru berusia 19 tahun, masih belum boleh jual emas kepada pelanggan. Tapi saya tetap dapat bonus bulanan yang diberikan kepada semua pekerja. “Gaji basic termasuk bonus bulanan boleh dapat RM3,000. Masa tu nilainya cukup besar apatah lagi baru habis SPM. Masyuk tapi stres, sekarang ni saya tak tahulah,” katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube