AKIBAT tidak boleh bertolak ansur, seorang suami tergamak mencampak makanan yang dhidangkan ke lantai sebagai tanda protes kepada isterinya. Kekasaran itu berpunca daripada rasa tidak puas hati si suami kerana isterinya menghidangkan lauk yang dipanaskan semula. "Cakap tentang lauk perangat (panaskan semula) semalam atau kelmarin punya, percaya tak ada famili yang pantang ni. Pernah ada yang bercerita tentang beban dirasa sampai asyik bergaduh dan jejaskan rumah tangga, bergaduh sebab lauk semalam. "Awal berumahtangga dia boleh uruskan lagi. Belum ada anak. Sabtu dan Ahad, dia sediakan bahan-bahan masak. Hari bekerja, dia cepat-cepat memasak. Tapi masuk tahun keenam, dengan tiga orang anak, dia tak boleh tahan. Dia buat lauk awal dan frozen kan... mengamuk suami dia. Kesibukan menguruskan rumah tangga ada kalanya menyebabkan suri rumah tidak sempat untuk masak. -Gambar hiasan "Bayangkan pagi-pagi kena siapkan sarapan dan keperluan anak-anak ke sekolah dan nursery. Bergaduh besar sebab lauk frozen. Suami dia balik rumah mak ayah. Dia menangis kat dapur, bersihkan lauk yang suami dia campak ke lantai," kata peguam syariah dan sivil, Kheyr Hameed. Dia berkongsi kisah yang dilalui wanita berkenaan menerusi hantaran di Facebook hingga meraih perhatian ramai. Menurut peguam itu lagi, dia diberitahu tabiat suami kepada wanita berkenaan yang enggan memakan makanan dipanaskan bermula daripada mentuanya. "Lauk mesti sekali masak, sekali hadap habiskan dan makan sama-sama satu keluarga. Tiada simpan-simpan untuk ahli keluarga yang tak ada atau lambat makan. ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan kisah rumah tangga artis... wanita ini dilabel derhaka buat ‘content’ tengking suami, jadikan tempat lepas geram ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji RM900 curang! Alang-alang rumah tangga runtuh, isteri robohkan sekali rumah 90K yang dibina... Bini baharu nangis tiada tempat tinggal "Wanita dalam cerita ni sangat lemah lembut orangnya dan penyabar. Kalau saya, umur 30an lagi... memang berpencak silat juga tu dapat suami yang main campak-campak makanan. Saya campakkan je cili padi kisar dekat suami macam tu," katanya. Bersimpati dengan nasib wanita berkenaan, dia menasihatkan agar segera mendapatkan khidmat kaunseling. Namun cubaan untuk mengajak si suami bagi mengikuti sesi kaunseling bersama ternyata gagal. "Orang lelaki jarang nak pergi kaunseling. Ego apa entah mereka ni. Akhirnya, saya cadangkan ambillah pembantu harian untuk bantu siapkan bahan masakan je. Wanita dalam cerita ni sangat lemah lembut orangnya dan penyabar. KHEYR PEGUAM SYARIAH DAN SIVIL "Atau upah sesiapa dekat dengan rumah untuk bantu siapkan bahan. Balik rumah dia cuma perlu campak-campak je. "Berkesan atau tak? Wallahualam. Lama aku lost contact dengan dia. Apabila perangat lauk semalam, teringat cerita dia," katanya mengakhiri kisah yang diceritakan. Hantaran dibuat meraih perhatian netizen yang bersimpati dengan apa telah berlaku kepada wanita ini. Ternyata ramai dalam kalangan isteri menceritakan pengalaman berdepan situasi hampir sama dengan sikap suami sedemikian. Komen netizen pada hantaran asal di Facebook. "Macam saya, suami tak nak makan lauk berulang-ulang. Dia pandai pergi beli je apa dia nak. Kadang-kadang dia makan lauk perangat. Tengok pada selera dia. "Suami saya pun spesis tak boleh perangat lauk. Tapi bukan sebab didikan mak ayah. Tapi trauma sebab masa kecil dulu mak dia panaskan lauk basi. "Banyak sikap orang lama jadi budaya macam ni. Bercanggah dengan sunah untuk tidak membazir," komen beberapa netizen pada hantaran asal. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube