TIDAK dinafikan, kos sara hidup yang kian meningkat ketika ini secara tidak langsung membuatkan kedudukan kewangan semakin terbeban. Justeru, ada segelintir dalam kalangan kita khususnya daripada golongan M40 dan B40 yang sudah berkeluarga, terpaksa melakukan pekerjaan sampingan untuk menampung perbelanjaan serta komitmen bulanan. Malah, ada juga yang sampai ke tahap membuat pinjaman peribadi kerana komitmen bulanan yang terlalu tinggi, sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang individu ini. Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti ini, dia begitu tertekan dengan hutang yang perlu dilunaskan setiap bulan sehingga adakalanya terpaksa mencatu makanan. "Saya belum muflis lagi cuma sangat terbeban dengan hutang yang ada sehingga nak makan pun tak cukup. Hutang yang ditolak dalam payslip adalah kereta bulanan iaitu RM570. "Personal loan pertama RM84,000 jadi bayaran bulanan RM888. Personal loan kedua RM10,000, bayar bulanan RM132, KWSP bulanan RM420. Payslip saya lepas ditolak komitmen di atas masih berbaki RM1,400 lebih. "Personal loan tu guna untuk buat rumah tapi belum siap sepenuhnya lagi... lebih kurang 90 peratus siap. "Yang saya terbeban sekarang adalah hutang dengan Shopee. Saya ada buat pinjaman Shopee Sloan RM1,800 dengan bayaran balik bulanan RM350, balance lagi dua bulan. Dan Shopee Spaylater saya dah guna hampir RM5,000. Bulanan average dalam RM600 hingga RM900 sehingga March 2024," kongsinya. Masalah kewangan boleh membuatkan seseorang mengalami depresi. -Gambar hiasan Menurut individu berkenaan, dia mengambil keputusan untuk membuat SLoan kerana mahu 'menutup' hutang yang dipinjam daripada orang lain. "Spaylater saya guna beli barang keperluan di Mydin dan Speedmart dan guna untuk isi minyak. "Saya jaga payment Shopee sebab taknak kena banned.. bagi saya Spaylater berguna time sesak terutama nak beli lampin dan susu anak. "Sekarang bertahan dengan rolling Spaylater ja dah dekat setahun. Penat juga kalau berterusan macam ni," ujarnya sambil menambah, dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak kecil. ARTIKEL BERKAITAN: Stres hidup berhutang, bayar tak habis-habis... Lega akhirnya jumpa strategi nak langsai ARTIKEL BERKAITAN: Nak penapis air, tapi liat bayar hutang! Gadis ini menangis call makcik-makcik di kampung, rupanya anak guna daftar nama ibu Ujarnya lagi, disebabkan situasi yang agak menghimpit, dia terpaksa mengenepikan komitmen untuk keretanya yang buat masa ini sudah tidak dibayar selama dua bulan. Disebabkan terlalu buntu mencari jalan penyelesaian, lelaki berkenaan berkata dia terfikir untuk membuat pinjaman peribadi yang lain bagi menutupi hutang-hutang sedia ada. Stop niat nak gali lubang tutup lubang tu. Buang benda tak perlu. Start cari second income selain berjimat cermat. NETIZEN "Ada terfikir nak buat pinjaman lagi RM10,000 untuk settle semua hutang di luar payslip. Balance tu boleh bayar kereta dan modal siapkan rumah. "Tapi saya takut tindakan saya akan menambahkan lagi beban hutang ke atas saya kelak. Saya tengah berusaha cari part-time hari cuti tapi sehingga sekarang belum dapat. Berbagai dah kerja saya minta," luahnya. Luahan lelaki berkenaan yang dikongsikan di laman Facebook Muflis Bankrap di Malaysia mengundang perhatian warga maya yang tampil memberikan pandangan untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya. Rata-ratanya menasihatkan lelaki berkenaan agar tidak membuat pinjaman peribadi yang ketiga kerana dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan. Antara nasihat yang disarankan netizen. "Stop niat nak gali lubang tutup lubang tu. Buang benda tak perlu. Start cari second income selain berjimat cermat. Semoga Allah bantu. "Cuba downgrade kereta. Layan Axia rahmah cukup. Tak sampai RM300 sebulan. Minyak dan maintenance jimat. Lebihan installment guna untuk belanja lain. "Nasihat saya jangan buat loan. Umpama gali lubang untuk tutup lubang. Fikirkan cara untuk rendahkan bayaran bulanan. AKPK solusi terbaik memandangkan jumlah masih boleh selamat," komen netizen. Dalam pada itu, ada juga di antara mereka yang menawarkan pekerjaan kepada lelaki berkenaan bagi membantunya mencari pendapatan sampingan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube