KEHIDUPANNYA susah sepanjang perkahwinan dan dia tidak menyangka akan melalui lebih kesukaran selepas melalui perpisahan. Begitulah luahan seorang ibu tunggal yang sebelum ini hidup bersuamikan biawak hidup. Menerusi satu perkongsian, wanita itu berkata, di awal perkahwinan, suaminya pernah bekerja tetapi tidak bertahan lama dengan pelbagai alasan dan masalah yang diberikan. “Dia tak suka diarah, dia nak jadi bos. Akhirnya saya yang mula bekerja, rezeki Alhamdulillah saya bekerja sambil berniaga. “Apabila dia tidak bekerja, saya tanggung dia dan anak-anak. Tapi selepas bercerai, saya pula perlu menanggung beban hutang bekas suami yang menggunakan nama saya,” katanya. Seorang lelaki membawa haluan sendiri. -Gambar hiasan Perkahwinannya hanya bertahan selama 10 tahun dan dia sedang hamil ketika diceraikan. Apabila berpisah, beberapa barang dan aset yang dibeli telah dijual oleh bekas suami tanpa pengetahuannya. “Kereta tu sepatutnya milik saya tapi sebab letak atas nama dia kerana dia ada lesen. Dia jual tanpa pengetahuan saya. Motosikal pun dia jual, satu sen pun dia tak beri dekat saya. “Selepas bercerai, saya tak berdendam pun cuma saya minta bekas suami bertanggungjawab untuk segala hutang dia,” ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri penat bela biawak hidup! Dah la kena sara keluarga, suami larang makan McD waktu kerja... cemburu tak bertempat ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kerja kerajaan ‘meletup’, mahu cerai lepas 20 tahun bela biawak hidup! Peguam jelas cara berpisah jika suami tak bagi kerjasama Wanita itu berkata dia ada membuat tuntutan nafkah di mahkamah, namun bekas mentua melemparkan pelbagai tuduhan sehingga mengungkit semua kebaikan yang mereka lakukan terhadap dirinya. Menurut wanita itu lagi, bekas mentua hanya berbaik dengannya kerana mahu dia menarik laporan polis berhubung kes keganasan rumah tangga. “Bekas suami ada kes polis kerana pukul dan mendera saya ketika mengandung. Apabila bercerai, dia nak ugut bunuh saya pula. Selepas bercerai, saya tak berdendam pun cuma saya minta bekas suami bertanggungjawab untuk segala hutang dia. BEKAS ISTERI “Tapi bekas ibu mentua merayu supaya saya tarik semula laporan. Saya cakap okay je nak tarik laporan tapi tolong beri kerjasama dengan tuntutan yang saya buat di mahkamah. “Mereka nak selesaikan di luar mahkamah dan saya minta RM500 setiap bulan. Katanya cuma boleh RM350 sebulan sebab bekas suami belum ada kerja tetap dan masih bekerja sebagai penghantar makanan,” katanya. Hubungan suami isteri menjadi renggang kerana tiada persefahaman. -Gambar hiasan Namun selepas mempunyai pekerjaan tetap, bekas suami tetap berdegil untuk membayar nafkah, dan dia kini tertekan untuk melunaskan hutang bekas suami yang menggunakan namanya. “Anak mak (bekas mentua) pukul saya, hina saya. Tapi saya masih boleh bertahan. Tapi apabila anak mak tergamak hina dan kata saya macam-macam, kemudian dia pernah arahkan saya untuk melacur, mencuri, pinjam Ah Long semata-mata dia nak duit... saya tak sanggup. “Tapi saya diamkan diri sebab malu nak cerita kat orang yang suami tergamak cakap dan buat macam tu pada saya semata-mata kerana duit,” katanya dengan nada kesal. Menurut wanita itu lagi, bisnes yang diusahakannya pernah mengalami kejatuhan sehingga kehilangan segala-galanya termasuk wang simpanan dan rakan-rakan. “Masa itulah suami (bekas suami) cakap saya perlu cari duit dengan cara apa sekali pun termasuk melacur, pinjam Ah Long. Yang penting saya bagi dia duit. “Bekas suami masih beri alasan tidak mampu sedangkan sudah bergaji kira-kira RM2,000. Makan pakai tempat tinggal semua percuma sebab dia anak tunggal. Memang mak ayah dia tanggung “Dia tak bagi nafkah untuk saya dan anak-anak. Kepada bekas suami, ingatkan hutang nafkah tu sampai ke mati, dikira hutang tak akan halal,” katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube