MAJLIS perpisahan dan 'bridal shower' yang disambut 12 bakal doktor ini menjadi tular di media sosial. Menurut Nur Aishah Budiman, 23, dia bersama 11 rakannya merancang untuk mengadakan majlis tersebut memandangkan mereka sudah berada di tahun akhir pengajian Ijazah Doktor Perubatan. Aishah ketika dihubungi mStar menceritakan semula tentang sambutan tersebut yang diadakan di Belgaum, India. Sekitar majlis sambutan dibuat untuk 12 bakal pengantin. "Kami semua mula berkawan rapat sejak pergi kelas usrah sama-sama dekat kolej. Sekarang saya dan kawan-kawan satu batch ni tinggal 10 bulan saja lagi dekat sini (India). "Saya terfikir yang kami nanti akan sibuk untuk persiapan final year dan tak sempat nak buat majlis perpisahan. Kawan saya nama Aina Ghafur ada bagi cadangan minta kami semua sambut 'bridal to be' juga. "Masa tu semua macam pelik dengan idea tu. Tapi disebabkan ada dalam kalangan kami yang tinggal di Sabah, kami fikir tak kan dia nak ulang alik 11 kali kalau kawan di semenanjung nak kahwin," kata Aishah. ARTIKEL BERKAITAN: Dijaga datuk sejak kecil, gadis nak kahwin buntu mak ayah minta semua wang hantaran! Suruh nikah selepas tunang dapat kerja ‘gomen’ ARTIKEL BERKAITAN: Cara pengantin ini buat ‘saving’ sebelum kahwin nampak logik... Tahu-tahu dah ada RM24,000! Aishah yang berasal dari Perak berkata, mereka hanya membuat tempahan tempahan untuk dua hari satu malam di Eefa Hotel, Belgaum di India sehari sebelum majlis, pada kadar RM746. Bercerita mengenai aktiviti diadakan, Aishah dan rakan-rakannya menata rias diri seolah-olah masing-masing bakal bergelar pengantin. Tambah pelajar Program Perubatan Antarabangsa USMKLE ini lagi, hotel yang ditempah hanyalah berjarak lima minit dari hostel tempat mereka di Belgaum. Lebih separuh daripada kami belum ada pasangan lagi termasuklah saya sendiri. NUR AISHAH "Kami mulakan acara dengan makan-makan dahulu. Tak upah mana-mana orang luar untuk event tu. Semua guna kepakaran masing-masing saja termasuklah emcee dalam kalangan kami. "Ada seorang lagi pandai buat henna jadi dia yang lukis untuk semua kawan pada malam tu mengikut design masing-masing. "Saya dan seorang lagi kawan jadi jurufoto. Saya ambil gambar solo setiap orang dulu kemudian susun kerusi untuk ambil gambar ramai-ramai," ujarnya mengimbas mengenai majlis. Sesi fotografi dilakukan untuk setiap orang bagi 12 orang sahabat. Kemeriahan sambutan bridal shower ini kemudian dikongsi ke laman TikTok dan Instagram sehingga menjadi tular. Rata-rata netizen turut terinspirasi dengan apa yang dilakukan oleh Aishah dan rakan-rakan yang dianggap menjimatkan kos. "Lebih separuh daripada kami belum ada pasangan lagi termasuklah saya sendiri. Kami cuma buat lebih awal sebab lepas dah tamat belajar nanti masing-masing akan sibuk dan buat haluan sendiri. Ukiran henna dilakukan oleh salah seorang daripada mereka mengikut corak kesukaan masing-masing. "Macam perancangan saya sendiri pun lepas balik ke Malaysia nanti terus nak daftar untuk jadi doktor praktikal (housemanship training). "Apa-apa pun, saya berharap mereka tak lupakan saya dan kawan-kawan yang ada sepanjang lima tahun bersama dekat sini. Jangan lupakan persahabatan ini sampai bila-bila kalau berjauhan nanti," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube