PASANGAN suami isteri pasti tidak dapat lari daripada ujian berumahtangga. Malah, media sosial sentiasa menjadi medan luahan mereka yang berdepan dengan masalah sama ada dari segi kewangan, tanggungjawab, kecurangan mahupun kesihatan. Namun perkongsian seorang wanita mengejutkan warga maya apabila dia bukan diuji dengan masalah wang mahupun orang ketiga, sebaliknya keinginan suami yang pelik. Mengakui baru sahaja mendirikan rumah tangga, wanita ini terkejut apabila mengetahui suaminya mempunyai keinginan seksual songsang. Isteri sering memendam perasaan kerana tingkah laku suami. -Gambar hiasan Mana tidaknya, suaminya seorang yang berperwatakan alim namun lebih gemar meliwat. Malah katanya, meskipun sakit, dia terpaksa menuruti permintaan suami. "Aku baru berkahwin, suami berlatar belakangkan agama... aku pula seorang isteri yang biasa-biasa sahaja. "Tapi apabila hubungan intim, suami suka liwat. Kalau salah penetrate, memang sakit," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Kahwini lelaki gay, isteri dah 3 tahun tak disentuh cari kekuatan untuk angkat kaki - “Kalau dasar pelangi, susah nak ubah” ARTIKEL BERKAITAN: Dara tak terusik, isteri hilang arah dapat tahu suami main cinta dengan lelaki... Kalau gay kenapa kahwin? Meskipun mendapat suami yang songsang ketika mengadakan hubungan intim, wanita ini mengakui lelaki yang dikahwininya itu adalah seorang yang baik. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini dia sering terfikir kemungkinan orientasi seks suaminya juga homoseksual dan dia adalah seorang gay. "Suami aku ni seorang yang baik... kadang-kadang aku terfikir adakah dia seorang gay kerana kerap ke arah itu," tambahnya lagi. Luahannya itu kemudian dikongsikan seorang pelayar media sosial di laman X. Kau tolak tak berdosa! Pergi bawa laki kau berubat di pejabat agama, kasi ruqyah sikit. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengkritik perbuatan suaminya dan beranggapan lelaki terbabit sering menonton video porno sehingga terpengaruh. Segelintir warga maya juga beranggapan bahawa suami wanita tersebut bukanlah 'kuat agama' sebaliknya hanya berpura-pura alim bagi menutup perbuatan sumbangnya. "Kalau betul dia seorang yang kuat agama, sepatutnya dia tahu anal seks itu tak boleh diamalkan oleh orang Muslim. "Liwat kan tak boleh... laki hang ni cuti sakitkah masa kelas Kafa (kelas agama dan fardu ain)? Antara reaksi warga maya. "Pelik aku kalau seks arah situ. "Macam mana boleh rela ya? Nauzubillah, aku kalau ada suami yang jenis minta macam tu baik kau 'makan luar' saja," ujar beberapa warga maya. Tidak kurang juga yang memintanya supaya menolak permintaan suami yang pelik selain memberi nasihat agar perbuatan tersebut dapat dihentikan. "Kau tolak tak berdosa! Pergi bawa laki kau berubat di pejabat agama, kasi ruqyah sikit. "Pensyarah pernah pesan, kalau kahwin nanti dan suami liwat... pergi pejabat agama terus putuskan. "Cuba periksa telefon dia tengok, ada aplikasi atau sejarah carian... mana tahu dia suka lelaki," tambah beberapa netizen lagi. Terdahulu, memetik perkongsian Maktabah Al-Bakri yang diterbitkan bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, hukum memasukkan jadi ke dalam dubur termasuk meliwat isteri adalah haram. "Kami berpendapat bahawa diharamkan bagi suami untuk memasukkan jarinya ke dalam dubur isterinya kerana terdapat hadis yang melarangnya dan perbuatan itu mendatangkan kemudaratan. "Justeru, larangan ini juga bertepatan dengan hadith Nabi SAW agar kita menjauhi daripada sebarang bentuk kemudaratan," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube