HARI Kerjaya di sekolah mampu memberikan gambaran kepada murid mengenai cita-cita yang bersesuaian dengan minat. Ada yang mahu menjadi jurutera, akauntan dan tidak kurang juga mereka yang mahu ke angkasa lepas sebagai seorang angkasawan. Ketika penganjuran Hari Kerjaya ini, murid kebiasaannya dikehendaki hadir ke sekolah dengan mengenakan uniform profesion idaman masing-masing. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Namun, melalui satu video tular di TikTok, seorang murid dilihat tampil ke sekolah dengan menggayakan pakaian penyamaran sambil membawa senapang mainan. Bercerita lanjut kepada mStar, bapa kanak-kanak tersebut, Syam Yusrie berkata anaknya menjiwai watak 'sniper' atau penembak hendap untuk hari kerjaya di sekolahnya. Menurut Syam, anaknya yang merupakan murid darjah empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Muda di Shah Alam, Selangor mendapat tempat pertama untuk kategori pertandingan yang disertainya. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sniper’ muncul di sekolah, siap merangkak atas pentas! Tapi ramai pula suruh dedah identiti... “Handsome, awek beratur nanti!” ARTIKEL BERKAITAN: Power Rangers tak patuh syariah tunggang RXZ di Terengganu, pakai kostum nampak bonjol! ‘Leng chai’ tak sangka orang salah fokus "Hari Kerjaya di sekolah anak saya ni dianjurkan pada Khamis (26 Oktober) lalu. Kisahnya bermula tahun lepas, saya dengan isteri bawa anak tunggal kami, Muhammad Syamil Rizqin ke Sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka. "Waktu di sana, ada banyak perarakan tentera dan yang paling menarik perhatian Syamil adalah unit sniper. Dia banyak bertanya tentang apa yang mereka buat dan jenis senjata yang mereka bawa. "Selain itu, Syamil juga ada main permainan video perang, Call of Duty di PlayStation. Jadi apabila cikgu cakap nak adakan Hari Kerjaya, saya tanya Syamil nak jadi apa, dan dia cakap nak jadi askar. Saya cuma nak pupuk dalam diri anak, semangat mempertahankan tanah air kita dan cinta akan negara. SYAM YUSRIE. "Saya pun bagi idea untuk Syamil jadi sniper memandangkan dia nampak teruja dengan unit ni waktu sambutan kemerdekaan tahun lepas, dan dia setuju. Kalau nak tahu, Syamil memang ada simpan cita-cita nak jadi doktor askar," jelas Syam. Mengupas mengenai kostum yang digayakan anaknya, Syam berkata dia perlu melakukan sedikit 'penyelidikan' untuk mendapatkannya. "Kostum tu susah juga nak dapat sebenarnya. Saya ada pergi ke beberapa pusat beli-belah dan saya pun ada cuba cari di Shopee. Akhirnya saya sewa kostum daripada seorang individu di platform lelongan dalam talian, Marketplace. Gambar kiri, Syamil bersama unit penembak hendap Angkatan Tentera Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. "Manakala senapang tu saya beli dari kedai mainan biasa, boleh keluar lampu, ada bunyi dan siap ada kanta. Yang rakam video di depan sekolah tu, saya tak ada niat nak viralkan apa pun, cuma untuk kenang-kenangan. "Tak sangka banyak pula views sebab ramai terkejut tengok ada murid boleh pilih jadi sniper untuk Hari Kerjaya," kata Syam. Mengulas mengenai reaksi guru dan rakan sebaya Syamil di sekolah, Syam berkata ada segelintir yang tidak memahami kostum tersebut mewakili seorang 'sniper'. Syamil muncul juara untuk pertandingan pada Hari Kerjaya di sekolahnya. "Waktu tu, kecoh la juga sekolah dengan penampilan anak saya sebagai seorang sniper, ada juga kawan-kawan Syamil yang tak tahu itu kostum seorang penembak hendap sebab betul-betul real. "Yang kelakarnya, ada cikgu dan budak lain sampai tak kenal itu Syamil, memandangkan kostum dia penuh dengan rumput tiruan untuk penyamaran, siap topi tutup kepala. "Dalam kawan-kawan Syamil, ada juga yang cosplay jadi askar, tapi anak saya yang paling lengkap aksesori, cuma kesian dekat dia sebab kostum tu agak panas untuk dipakai, lebih-lebih lagi waktu siang. "Syamil pun ada buat aksI sebagai seorang sniper, macam berbaring atas lantai untuk menghendap. Itu yang sampai boleh jadi juara untuk pertandingan kostum paling gempak bagi kategori darjah empat," kata Syam berbangga. Suasana di sekitar hari kerjaya Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Muda. Walaupun begitu, Syam mengakui berasa kurang senang dengan beberapa komen warga maya di bawah videonya dan memilih untuk tidak memberikan apa-apa reaksi kepada mereka. "Seperti kita tahu baru-baru ni timbul isu solidariti Palestin di sekolah, ada yang kata di video saya tu jangan bawa keganasan atau ekstremis ke tempat belajar. Bagi saya ini tak betul. "Saya cuma nak pupuk dalam diri anak, semangat mempertahankan tanah air kita dan cinta akan negara, itulah pengorbanan dalam kerjaya sebagai seorang askar. Kerja sebagai askar ni bukan ramai yang mahu. "Jadi sebab itu saya cakap dekat isteri jangan panjangkan isu ni, kita tak perlu balas apa-apa," kata Syam menutup bicara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube