TENTUNYA meriah apabila rakan-rakan sekuliah terutama yang ‘sekepala’ turut sama menaiki kereta setiap kali ingin ke kelas. Lebih seronok apabila ada yang menghargai tuan punya kereta dengan menghulurkan duit minyak sebagai tanda terima kasih. Namun berbeza pula dengan seorang pelajar, apabila dia menyuarakan rasa terkilan terhadap sikap rakan-rakannya yang seperti tidak mempunyai common sense dalam berkawan. “Nak tanya, pelajar universiti yang bawa kereta ke kolej, kawan kamu selalu hulur duit minyak ke?” soalnya di laman X bagi mendapatkan kepastian. Berkongsi kereta merupakan salah satu cara mengurangkan kesesakan lalu lintas. -Gambar hiasan The Star Menurut pelajar itu, dia sebenarnya segan untuk bertanya rakan-rakannya sama ada mereka boleh berkongsi sedikit kos pengangkutan yang digunakan mereka. “Aku segan nak minta, lagipun ayah pernah pesan jangan minta duit minyak melainkan kalau diberi baru ambil,” katanya lagi. Namun di sudut hati kecilnya, dia mengakui tersinggung dengan sikap segelintir rakan-rakannya yang tidak mengambil peduli untuk berkongsi kos minyak kereta yang dipandunya. ARTIKEL BERKAITAN: Buat video show off selepas rakan ikut bercuti, tapi tak ada ‘common sense’ hulur duit minyak - “10 jam perjalanan, siap hantar seorang demi seorang balik rumah” ARTIKEL BERKAITAN: Kawan ada Audi R8 tutup semua lubang dalam kereta Axia dengan 30 keping duit RM50 - “Kadang-kadang pelik juga perangai orang kaya ni” Tambahnya lagi, alangkah gembiranya sekiranya rakan-rakannya dapat berkongsi sedikit kos meskipun tidak kerap. “Aku kalau (kawan) hulur RM5 sesekali pun dah gembira dah. Tapi itulah,” luahnya dengan nada kesal. Luahan pelajar tersebut di laman X mengenai dilema yang dihadapinya ternyata meraih perhatian ramai untuk berkongsi pandangan dan nasihat masing-masing. Malah, ada yang turut mempersoalkannya keikhlasannya dalam menumpangkan rakan-rakan. Menghulurkan wang merupakan salah satu cara menghargai rakan yang menumpangkan kereta. -Gambar hiasan “Kereta bergerak pakai minyak, bukan atas dasar persahabatan. Sila bayar. Naik Grab pernah ke percuma? Tak ada kan? Jadi bayar, sama-sama pelajar kot. “Ikut hati kau. Kalau hati rasa ikhlas, niat la sedekah tolong orang. Kalau hati rasa sakit je memanjang member tak hulur, minta je la duit kat member. “Dulu kalau tumpang kawan, dia isi minyak je terus hulur duit. Ni namanya common sense sebab tumpang sekali-sekala, jadi setiap kali masa kita tumpang, dia isi minyak terus hulur. “Kalau memang hari-hari ke kelas semua sekali. Kata la lima orang pergi, jadi minta je duit minyak siap-siap. Kalau tak nak bagi, jadi pergi je seorang daripada kau sakit hati,” demikian antara komen netizen. Kalau ikhlas, niat la sedekah tolong orang. Kalau hati sakit je memanjang member tak hulur, minta je la duit. NETIZEN Dalam pada itu, seorang netizen turut berkongsi beberapa kisah mengenai kenalannya yang pernah menumpangkan rakan-rakan ke kelas. “Ada member ni bawa kereta kancil, tapi member semua tak pernah bagi duit minyak. Dia balik rumah, tukar naik motor. Hidup dia lebih aman selepas itu. “Seorang lagi duduk di Shah Alam, dia akan ambil dua kawan pergi ke kelas. Jadi mereka dah tetapkan duit minyak bulan-bulan bayar berapa. Pergi sekali, balik sekali. “Melainkan ada antara dua tu kena stayback atau arrange balik lain. Hidup ni pun kena tolak ansur... mudah je, jangan fikir sangat apa orang cakap. Kau ada kereta, ramai nak mempergunakan kau kat universiti,” katanya lagi. Antara komen netizen. Sementara itu tak kurang juga yang memberikan idea untuk menangani isu yang dibangkitkan pelajar berkenaan. "Beli tabung letak dalam kereta, tulis tabung minyak. Aku buat macam tu, nak isi minyak buka je tabung tu memang selalu ada duit. Kawan-kawan dah tahu, sendiri letak je dalam tu kalau nak hulur seikhlas hati. "Studen ni kadang-kadang otak dia tak berkembang. Dia baru nak kenal dunia setelah lama duduk bawah ketiak mak abah. Benda macam ni kena beritahu sebab ada yang memang tak tahu," demikian cadang seorang netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube