PERKONGSIAN tentang kesan tabiat seks yang buruk termasuk hubungan songsang semakin banyak didedahkan di media sosial. Namun, masih terdapat individu yang memandang ringan mengenainya sehinggalah mereka sendiri disahkan menghidap human immunodeficiency virus atau HIV. Seperti yang dikongsikan lelaki ini, dia telah disahkan menghidap HIV selepas membuat pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan (KK). “Aku baru saja buat HIV test kat KK dan dapat keputusan positif,” luahnya. Individu yang disahkan positif HIV perlu mengambil ubat-ubatan khusus supaya dapat menjalani kehidupan seperti insan normal lain. -Gambar hiasan Malah disebabkan diagnosis tersebut, dia turut mengalami kemurungan serta takut dengan kesan pada tubuh. Bagaimanapun, dia mengakui tidak terkejut dengan keputusan ujian darah berkenaan kerana pernah melakukan hubungan kelamin bersama lebih 30 pasangan. “‘Barai’ (lemah)! Aku dah agak sebab body count boleh kata lebih 30 (orang),” ujarnya lagi. Lebih menyedihkan apabila dia yang sudah bertunang dengan gadis pilihan berasa bimbang untuk memaklumkan tentang perkhabaran itu. ARTIKEL BERKAITAN: Zakar bengkak, pemuda mengaku gay selepas sah positif HIV! Doktor terkejut 30 pasangan seksnya kemudian datang check darah ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak jadikan dia isteri tapi saya seorang PLHIV” - Hidap HIV selepas terlanjur dengan rakan sekampus, jurutera teruja bakal timang anak “Macam mana nak bagitahu tunang aku ni?” tambahnya. Luahannya itu dikongsikan seorang pelayar X yang berpandangan supaya lelaki terbabit memutuskan tali pertunangan. Pada masa sama, dia turut menasihatkan supaya lelaki tersebut mendapatkan rawatan lanjut bagi mengelakkan kesan yang lebih buruk berlaku kepada dirinya. “Lepaskan saja tunang kau, dan mulalah dapatkan rawatan,” ujar pelayar X itu. Habis tu kau nak jangkitkan penyakit pada bakal bini kemudian anak kau sekali? WARGA MAYA Bagaimanapun perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga maya. Mana tidaknya, sebilangan besar netizen membangkang cadangannya yang meminta supaya pertunangan diputuskan. “Tak perlu pun nak lepaskan, HIV bukan masalah besar pada masa ni. Banyak jenis ubat-ubatan dah ada sekarang ni. “Buat treatment dulu biar jadi low risk (sekitar enam bulan). Tak perlu putus, cuma delay hubungan fizikal buat masa ni... kalau pasangan sayang, dia tunggu. Warga maya memberikan pandangan masing-masing. “Sekarang ubat HIV sudah advance, boleh hentikan daripada menjangkiti orang lain. Bukan macam zaman dulu-dulu lagi... yang penting makan ubat, kemudian boleh hidup macam biasa. “Jangan panik apabila kena HIV, datanglah buat rawatan. Sekarang ni banyak dah NGO (pertubuhan bukan kerajaan) boleh bantu... perkara boleh bincang, tak payah serabut otak,” ujar beberapa warga maya. Segelintir netizen lagi meminta supaya tunangnya dimaklumkan tentang penyakit yang dihidapi di samping hubungan seksual yang dilakukan. Bagi mereka, tunang lelaki berkenaan berhak membuat keputusan sama ada untuk meneruskan hubungan atau sebaliknya. “Jenis yang body count dia seperti orang barat ni, lebih baik elak awal-awal. Mereka ni tak akan kembali ke pangkal jalan, yang haram tu yang sedap. “Habis tu kau nak jangkitkan penyakit pada bakal bini kemudian anak kau sekali? “Kau ni buat dosa pandai, nak cakap pada tunang tak berani... tak payah nak rosakkan hidup orang lain,” ujar beberapa netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube