AMALAN syirik seperti sihir, santau dan ilmu guna-guna masih diamalkan dalam kalangan masyarakat sungguhpun ia bertentangan dengan ajaran Islam. Jika dahulunya minyak dagu sering dicalit di anggota badan manusia, namun kini ia turut digunakan pada bahagian kenderaan untuk tujuan tertentu. Menerusi pendedahan di TikTok, seorang perawat yang menggelarkan diri sebagai ustaz berkata amalan sihir jahat itu boleh menyebabkan pemandu kenderaan terlibat kemalangan. Penggunaan minyak dagu bertentangan dengan ajaran Islam. -Gambar hiasan "Macam mana kereta kita kena calit minyak dagu? Jom ikut ustaz. Kebiasaan minyak dagu dicalit di cermin hadapan, bertujuan untuk kita mudah kemalangan dan kita rasa mengantuk. "Kalau kita bawa kereta lima minit, 10 minit, kita rasa mengantuk. Ia dicalit untuk membinasakan daripada bahagian kereta ini. Keduanya orang akan letak di body brake pad. Biasa orang calit di situ," ujarnya menerusi TikTok Sabda Kekasih HQ. Selain dua bahagian itu, perawat berkenaan mendakwa pengamal sihir juga akan menyapu minyak dagu pada bahagian stereng, kerusi, pemegang pintu dan pembuka but kereta. Kebiasaan minyak dagu dicalit di cermin hadapan, bertujuan untuk kita mudah kemalangan dan kita rasa mengantuk. PERAWAT Jelasnya lagi, ia bukan semata-mata untuk membinasakan pemandu, sebaliknya amalan itu juga bertujuan memikat pemilik sesebuah kenderaan yang dicalit dengan minyak dagu. "Pemegang pintu sangat mudah untuk membinasakan atau minyak dagu style pengasih untuk bagi terkena kepada wanita-wanita. Tak kiralah anak dara atau isteri orang. Apabila kita pegang je, minyak dagu ni akan masuk ke anggota tubuh badan kita melalui pembuluh darah. "Di bahagian dalam iaitu stereng atau di bahagian kepala (kerusi) biasanya kalau kita bawa kereta kita rasa sakit kepala, berdenyut dan sebagainya, rasa pening, mengantuk yang amat dahsyat. Kemungkinan besar dicalit pada cermin atau kusyen kereta kita. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar cemerlang SPM dungu disihir, pelaku dengki tengok ibunya gembira tayang slip - “Anak aku dapat 2A je” ARTIKEL BERKAITAN: Seluar dalam hilang angkara sihir! Wanita mimpi gambar dipuja, kulit sakit rasa dihiris... Ramai takut nak sidai baju luar rumah "Selain daripada pemegang semua empat pintu, tidak lupa juga di tempat buka but kereta. Pembuka but kereta ni salah satu tempat besar juga orang guna minyak dagu untuk mengkhianati mangsa-mangsa sihir," dakwa perawat itu lagi. Dalam satu video berasingan, perawat itu turut berkongsi teknik mudah yang boleh dilakukan oleh pemilik kereta sekiranya mereka menjadi mangsa perbuatan sihir ini. Jelasnya, mangsa boleh membaca surah Al-Taubah (ayat 128 hingga 129) dan menyediakan air campuran garam dan lada hitam untuk disiram pada kereta. "Apa perlu kita lakukan? Sediakan air paip satu baldi, masukkan lada hitam, secebis sikit saja garam dan baca surah Al-Taubah, kita baca dan kita basuh kereta kita," ujarnya lagi. Perawat ini turut berkongsi amalan untuk melawan sihir berkenaan. Perkongsian video itu menerima lebih 130,000 tontonan sejak Rabu dan turut dihujani pelbagai komen netizen. Malah, ada netizen yang mendakwa mereka juga pernah menjadi mangsa sihir sehingga nyaris terlibat kemalangan jalan raya. "Kereta saya kena kat tepi tayar depan tu. Dua kali dilanggar tempat sama. Allah tu maha kuasa, masih bernafas dengan izinnya. "Orang kalau nak buat apa pun, memang boleh calit dekat mana-mana tempat. Orang dah rancang, kita je tak perasan. "Semoga kita dijauhkan daripada perkara yang boleh mendatangkan kecelakaan terhadap diri kita, keluarga dan orang kita sayang," tulis beberapa netizen. Sebagai peringatan, amalan penggunaan minyak dagu sama sekali haram dalam agama Islam, malah urusan jual beli barangan itu juga adalah haram dan berdosa. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube