PELBAGAI strategi pemasaran dilakukan peniaga untuk melariskan jualan. Namun apa yang tidak sedap didengar apabila segelintir individu menggunakan taktik kotor dengan memburukkan peniaga lain. Usahawan terkenal, Kieda turut menerima tempias gara-gara jersi khas yang dijual sempena program jelajah pencuci mulutnya di Johor Bahru, hujung minggu lalu. Jersi Kieda yang dijual menarik perhatian ramai. -Gambar Facebook Menerusi satu hantaran di laman sosial, Kieda atau Nur Khalieda Yusra memuat naik tangkap layar kenyataan seorang yang menyamakan jersi biru putih itu dengan bendera Israel. “Teringat Mahkota Johor. Rindu Kluang. Ni baru betul warna Johor Kieda. Baju awak tu warna (bendera) Israel,” demikian menurut individu berkenaan sambil menunjukkan kain dengan perincian labuci biru dan putih. Malah, individu yang dipercayai menjalankan perniagaan jahitan itu didakwa berbuat demikian semata-mata untuk menjadikan bisnes yang diusahakannya menjadi perhatian. “Baru viral. Ramai askar dia serbu,” kata individu berkenaan yang merujuk kepada para pengikut Kieda di laman sosial. Kieda berkongsi hantaran seorang individu. Susulan itu, Kieda menyuarakan kekesalannya kerana individu berkenaan sanggup berniaga dengan cara yang tidak wajar. ARTIKEL BERKAITAN: Orang baik sering dibenci, kapsyen peniaga crepe dianggap puji diri sendiri - “Untungnya seorang Kieda selalu dapat attention Allah” ARTIKEL BERKAITAN: Kieda tunjuk situasi lengang depan kedai, hairan orang tak datang ’support vendor’ - “Semua duduk rumah buat cekodok ke?” “Maaf , sejujurnya dah tak berminat untuk melayan manusia toksik macam ni. Lebih-lebih lagi orang yang berniaga tapi nak FYP (for your page) dengan cara burukkan orang. Kasihan kadang. “Okaylah kakak-kakak yang lebih berusia daripada saya tapi teladan yang ditunjukkan tak bagus untuk saya ikutkan,” tulis Kieda di laman sosial. Kieda (kiri) dan suami menunjukkan jersi yang dijual sempena program jelajahnya. Mengulas lanjut, Kieda memaklumkan sebahagian daripada hasil jualan jersi berkenan akan disumbangkan kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia bagi membantu rakyat Palestin di Gaza yang kini dilanda konflik peperangan dengan rejim zionis Israel. “Hari Ahad lepas, sebahagian daripada untung jualan baju jersi Johor yang orang cakap macam Israel ni Kieda telah sumbangkan ke tabung cinta gaza. RM1,000 untuk Gaza. “Terima kasih semua yang sokong Kieda. Moga Allah membalas segala kebaikan kalian dan gandakan rezeki kita semua. Saya maafkan kalian,” katanya lagi. Nak boikot, nak jihad takkan sampai warna pun dibabitkan. NETIZEN Dalam hantaran tersebut, Kieda turut menyertakan bukti dua resit sumbangan kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia masing-masing berjumlah RM600 dan RM400. Di ruangan komen, rata-rata netizen turut kesal dengan tindakan peniaga tersebut yang bukan sahaja memburukkan peniaga tempatan, malah tidak sensitif dengan konflik Israel-Palestin. Antara komen yang dikeluarkan oleh individu berkenaan. Malah, antara netizen mempersoalkan adakah hanya kerana barang atau produk tersebut mempunyai warna seperti bendera Israel, ia seharusnya turut diboikot. “Nak boikot, nak jihad takkan sampai warna pun dibabitkan. Jihad kerana Allah kerana agama Islam. Saya orang Johor. “Bisnes sendiri sendu la tu Kieda. Lepas tu, petik nama orang lain bagi naikkan bisnes dia. Inilah cara kotor orang berniaga. “Lepas ni kena boikot biru la ek, sebab Israel? Apa la pemikiran kolot sangat, sentiasa menjadi mata lalat kenapa? Orang tu cari rezeki je pun,” demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube