SETIAP orang mempunyai bahagian yang diminati dalam memilih ayam goreng. Ada yang menyukai paha dan ada juga yang memilih kepak, namun ia sering kali bergantung kepada budi bicara pihak restoran. Melalui satu video tular di TikTok, seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) berkongsi cara untuk mendapatkan bahagian ayam goreng yang menjadi pilihan hatinya. Setiap orang mempunyai pilihan bahagian ayam. -Gambar hiasan Dipercayai pelajar itu dan rakan-rakannya memesan ayam goreng melalui aplikasi penghantar makanan. Perkara yang menarik perhatian ramai adalah apabila pelajar berkenaan meninggalkan permintaan khusus yang dilihat lucu dan pada sama menyentuh hati. Menerusi video itu, pelajar tersebut menunjukkan resit yang tertera mesej pesanan mereka bersama makanan yang sudah diterima. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkejut dua pinggan nasi lauk ayam goreng RM33! Tak boleh terima peniaga Muar jual kangkung belacan RM5 satu senduk ARTIKEL BERKAITAN: Tak baik ‘game’ budak! Murid berubah wajah buka kotak ayam goreng McD, penganjur cuma letak roti dan air... Rupanya dah 2 kali tertipu "Kalau boleh saya nak ayam bahagian besar sebab kami student, nak jimat tapi nak kenyang," tulis pelajar tersebut untuk permintaan set nasi kari ayam. Permintaan kedua pula menyatakan mereka mahukan ayam goreng bahagian dada. "Ayam nak bahagian dada please?," rayu pelajar itu. Wah dia terus guna kelebihan anak yatim, pekerja restoran tu boleh rasa bersalah kalau tak bagi bahagian ayam yang diminta. WARGA MAYA Manakala permintaan seterusnya adalah yang paling menyentuh perasaan apabila pelajar tersebut bermain sentimen dia merupakan anak yatim demi meminta ayam goreng bersaiz besar. "Akak atau abang, kalau boleh saya nak ayam saiz besar, saya ni anak yatim, boleh la akak dan abang," ujarnya. Membuka kotak makanan yang diterima, pelajar itu bersyukur kerana permintaan mereka berjaya dipenuhi. "Terima kasih la ya abang dan kakak, semoga murah rezeki," kata pelajar itu bersyukur. Pelajar itu seterusnya menjelaskan mereka menggunakan lebihan wang untuk membeli ayam goreng tersebut yang dianggap sebagai jamuan mewah secara berkala. Sebahagian komen warga maya. "Bukan selalu kami dapat nikmati makanan segera, cuma kalau ada duit lebih baru dapat merasa. Kalau tak, hadap makanan kafeteria atau mi segera. "Kami order ni kumpul semua sekali, sebab IPT kami ni dalam kampung dan agak jauh nak ke pekan. Kalau keluar pergi beli lagi mahal, jadi baik delivery," jelas pelajar berkenaan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tertarik dengan cubaan pelajar tersebut untuk mendapatkan bahagian ayam yang dikehendaki. "Wah... dia terus guna kelebihan anak yatim, pekerja restoran tu boleh rasa bersalah kalau tak bagi bahagian ayam yang diminta. "Mungkin sudah tiba masa untuk aku gunakan teknik ini, aku pernah order minta paha, dia bagi dada. Dah la masa tu aku memang tak ada duit, down aku seharian," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube