suria

Wanita lepaskan kerjaya guru demi jaga emosi dan kesihatan... Bahagia jadi penasihat takaful, ada masa teman ibu ke hospital

Mira meletakkan jawatan sebagai seorang guru pada tahun lalu dan memilih meneruskan kerjaya dalam bidang takaful.

MEMBUAT keputusan berkaitan dengan kerjaya bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan ia melibatkan masa depan.

Demikian juga dengan wanita ini yang memilih untuk meletakkan jawatan sebagai seorang pendidik selepas tiga tahun berkecimpung dalam bidang perguruan.

Tidak keberatan berkongsi cerita, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Mira Yunus berkata, dia nekad untuk mengambil keputusan berkenaan kerana merasakan tidak lagi mampu menampung bebanan tugas sebagai seorang pendidik yang kian mencabar.

"Saya akui, memang tidak mudah untuk buat keputusan sebesar ini. Namun realiti tugas seorang guru ketika ini sangat mencabar. Orang mungkin nampak mudah... cuti sekolah, cikgu pun cuti. Bukan begitu.

"Tapi saya tak mahu bekerja dengan perasaan yang tidak gembira. Kita kalau nak bekerja, biarlah hati senang, kesihatan pun balance.

"Jadi apabila terdetik, orang pertama yang saya tanya adalah ibu bapa. Sebab merekalah yang banyak berkorban semasa saya struggle belajar bidang pendidikan untuk menjadi guru," katanya kepada mStar.

komen cikgu

Surat peletakan jawatan Mira.

Mira berkata, dia bersyukur kerana kedua-dua orang tuanya benar-benar memahami dan menyokong keputusan yang diambil.

"Saya terangkan kepada mereka kenapa saya ambil keputusan itu dan perancangan saya apabila berhenti jadi guru. Saya beritahu mahu teruskan kerjaya sebagai penasihat takaful secara serius.

"Jawapan bapa saya memang tak disangka-sangka... dia kata, guru dan penasihat takaful sama-sama mulia kerana membantu orang. Alhamdulillah mereka sangat supportive," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami berhenti kerja di restoran ‘fast food’ demi Palestin, percaya rezeki Allah... Tak sangka bisnes nasi lemak tepi jalan lumayan!

ARTIKEL BERKAITAN: Dari dunia korporat ke tepi jalan! Tak sanggup burnout di ofis, wanita bahagia jual kopi selepas berhenti kerja - “Memang orang pandang rendah”

Berbekalkan restu ibu bapa, Mira yang merupakan guru bagi subjek bahasa Melayu dan Sejarah di sebuah sekolah menengah ini akhirnya menghantar surat peletakan jawatan pada 1 November tahun lalu.

Kini sudah setahun ibu kepada dua cahaya mata ini bergelar penasihat takaful secara sepenuh masa.

Saya tak mahu bekerja dengan perasaan yang tidak gembira. Kita kalau nak bekerja, biarlah hati senang, kesihatan pun balance.

MIRA YUNUS

"Ada hikmah atas keputusan ini... apabila masa kerja saya fleksibel, saya dapat menemani ibu setiap kali temujanjinya di hospital.

"Alhamdulillah, saya gembira dengan karier sekarang malah rezeki pun murah," katanya lagi.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular di TikTok sehingga meraih 345,000 jumlah tontonan, Mira berkata dia sekadar mahu berkongsi pengalaman serta inspirasi bagi mereka yang menghadapi dilema dalam kerjaya masing-masing.

cikgu 2

Mira mengakui kehidupannya sangat berbeza selepas berkecimpung dalam bidang takaful.

"Ramai berdepan dengan tekanan kerja tanpa sedar. Kerja dalam bidang apa pun, tapi kena happy dan kesihatan terjaga. Jangan sampai memakan diri.

"Mungkin ada yang tak senang dengan sharing saya kononnya nak pengaruhi orang. Jangan salah erti... ambil apa yang positif. Rezeki setiap orang lain-lain.

"Tapi yang penting, sebelum buat apa-apa keputusan, biarlah dengan restu ibu bapa dan juga perancangan yang teliti kerana ia melibatkan masa depan," akhirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain