suria

Anak nak kahwin buntu mak tak bagi ayah datang majlis! Masih dendam sebab curang, selepas cerai langsung tak bagi nafkah

Majlis perkahwinan pastinya meriah dengan kehadiran seluruh ahli keluarga. -Gambar hiasan

PASANGAN yang berkahwin pastinya mengimpikan upacara perkahwinan yang meriah di samping kehadiran seluruh ahli keluarga dan sanak saudara.

Namun berlaku juga situasi di mana pengantin buntu apabila wujud sifat dendam atau marah dalam kalangan ahli keluarganya disebabkan penceraian sehingga menyukarkan proses menjemput tetamu.

Situasi yang berlaku itu sememangnya memberi kesan kepada pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, terutama sekali jika tetamu yang ingin dijemput itu adalah ibu atau bapa.

Mengalami situasi seperti itu, seorang pelayar Facebook meluahkan perasaan di media sosial dan meminta pandangan warga maya.

Memilih antara ibu mahupun ayah bukanlah perkara mudah bagi seorang anak. -Gambar hiasan The Star/Azhar Mahfof

Memilih antara ibu mahupun bapa bukanlah perkara mudah bagi seorang anak. -Gambar hiasan The Star/Azhar Mahfof

Mana tidaknya, si bapa menyuarakan hasrat untuk melihat dia bersanding di atas pelamin manakala ibunya berkeras tidak mahu melihat kelibat bekas suami.

Mengakui tersepit dengan permintaan ibu serta bapanya, lelaki ini masih berharap majlis perkahwinan yang akan diadakan pada tahun hadapan dapat diraikan bersama kedua-dua orang tuanya itu.

“InsyaAllah saya akan berkahwin tahun depan. Masalahnya adalah ibu dan ayah saya bercerai.

“Jadi ibu saya berkeras tak nak ada bekas suaminya (ayah saya) semasa majlis,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa menangis di stesen minyak ‘disidai’ anak, suruh datang tapi tak muncul! Nak balik tak cukup duit isi minyak motor

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sibuk nak jemput 1,000 tetamu, anak pula tak cukup bajet... Bakal pengantin pening kepala penuhi ‘wedding dream’ orang tua

Bukan itu sahaja, ibunya turut menyatakan keengganan untuk berjumpa dengan lelaki berkenaan yang dikatakan pernah berlaku curang suatu masa dahulu sehingga akhirnya perkahwinan yang dibina berakhir dengan penceraian.

“Faktor mereka bercerai pun kerana ayah saya curang. Jadi ibu memang nekad tak nak dia hadir ke majlis saya,” jelasnya.

Bercerita lanjut, ujar lelaki itu, sepanjang tempoh dia membesar, bapanya tidak pernah mengambil tahu tentang dirinya mahupun bekas isteri.

Lebih menyedihkan apabila setiap perbelanjaan dan kos kehidupan mereka berdua sepenuhnya ditanggung oleh ibu.

Sponsor sama kenduri tu, setakat nak tengok sanding... video call pun boleh.

WARGA MAYA

“Kalau boleh tak nak berjumpa sebab ayah saya memang tak ambil tahu sepanjang saya membesar dengan ibu. Semua ibu yang tanggung dari kecil hingga besar.

“Apabila dah dewasa ni, barulah nampak macam nak berbaik dengan saya,” tambahnya yang mengakui berada dalam dilema dengan situasi semasa.

Luahannya itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warga maya.

Kebanyakannya menasihati dia supaya mengutamakan ibu yang telah bersusah payah membersarkannya sejak kecil tanpa kehadiran seorang suami.

Kebanyakan warga maya mencadangkan supaya ibunya diberi keutamaan.

Kebanyakan warga maya mencadangkan supaya ibunya diberi keutamaan.

“Bagitahu ayah, saya tak jemput sebab nak jaga hati mak. Mak yang jaga dari kecil, ayah bukan ambil tahu... harap ayah faham. Kalau bersanding, kongsikan gambar saja dengan ayah.

“Ayah curang kemudian tidak menjalankan tanggungjawab kepada anak selepas bercerai. Kat situ, pengorbanan ibu besar sangat... Ayah kembali kepada anak, mungkin boleh tumpang senang. Jadi letak diri di tempat ibu, pasangan curang dan hilangkan diri selepas bercerai?

“Jaga hati ibu. Dia yang banyak berjasa dalam hidup awak... sebagai lelaki awak, kena tegas beritahu bapa yang kehadirannya boleh menyebabkan majlis jadi tak meriah. Awak boleh bawa isteri jumpa dia lepas kahwin,” ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang mencadangkan supaya bapanya menaja atau memberikan sedikit duit perbelanjaan untuk majlis perkahwinan tersebut.

Malah bagi warga maya, jika bapa sekadar ingin melihat anaknya bersanding, ia boleh dilakukan menerusi panggilan video.

“Mungkin kalau ayah sanggup bayar nafkah tertunggak dulu-dulu, mak boleh bagi peluang hadir kenduri. Sponsor sama kenduri tu, setakat nak tengok sanding... video call pun boleh.

“Suruh ayah buat kenduri asing di rumah dia, kenduri di rumah ayah... mak tak perlu pergi. Jadi kedua-duanya dapat tengok awak bersanding.

“Buat dua kenduri, satu sebelah mak dan satu lagi sebelah ayah... adil, jadi tiada adegan masam muka,” tambah beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain