BANYAK kisah yang dikongsikan di laman sosial mengenai pengalaman pemilik atau tuan rumah mengenai kerenah penyewa masing-masing yang memeningkan kepala. Kisah paling 'popular' sudah semestinya mengenai sikap penyewa yang terlalu pengotor sehingga ada kes di mana kediaman disewakan tidak ubah seperti reban ayam. Apa yang mengecewakan, situasi ini lazimnya hanya disedari tuan rumah selepas penyewa mereka 'cabut lari'. Daripada kisah-kisah yang pernah dipaparkan sebelum ini, dapat dilihat bahawa rumah yang kotor serta bersepah ini majoritinya didiami secara beramai-ramai. Seorang ejen perunding hartanah dalam satu hantarannya di Facebook turut mengakui perkara berkenaan berdasarkan perkongsian pengalaman tuan rumah yang pernah bekerjasama dengannya. Mendapat rakan serumah yang baik dan pembersih juga merupakan satu rezeki. -Gambar hiasan "Bersembang dengan seorang owner di Kulim yang berpengalaman 20 tahun mengurus sewa. "Paling pengotor mengikut kumpulan adalah student perempuan, kedua student lelaki, ketiga pekerja lelaki dan keempat pekerja perempuan," kongsinya. ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik menyesal bagi muka! Penyewa cabut lari tinggalkan rumah bersepah, setahun tak bayar sewa sampai hutang lebih RM10,000 ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar IPT buruk perangai, rumah sewa jadi pusat sampah... Penyewa nak pitam jumpa ‘bong’ syabu, seluar dalam reput atas lantai! Sementara itu katanya, pemilik kediaman turut mendedahkan golongan penyewa yang pembersih dan bertanggungjawab sepanjang berurusan dengannya. "Paling bersih, lelaki dan wanita golongan profesional. Soalan saya, kenapa student wanita paling pengotor?" tulisnya dalam hantaran berkenaan. Perkongsian tersebut ternyata mengundang perhatian warga maya yang tampil memberikan reaksi bercampur. Lebih suka mekap daripada mengemas. Jenis bersiap keluar rumah bau wangi sekampung... memang pengotor. NETIZEN Sebahagiannya bersetuju dengan pandangan berkenaan, namun sebahagian yang lain berpendapat sebaliknya malah mereka turut berkongsi pengalaman masing-masing. "Lebih suka mekap daripada mengemas. Jenis bersiap keluar rumah bau wangi sekampung... memang pengotor "Katanya letih study... bayangkan kalau ada plastik besar, dia boleh kumpul pad sampai penuh baru nak buang. Kita masuk rumah naik melugai bau darah. Macam manalah depa (mereka) boleh duduk. "Pengalaman jadi student dulu. Saya perempuan ye. Apabila masuk rumah sewa memang tak semua housemate pengotor. Contoh lima orang pembersih, dua orang je pengotor tapi yang pengotor tu cukup laju mengotorkan rumah dan hanya kami yang lima orang je bersihkan rumah. Antara komen warga maya terhadap perkongsian berkenaan. "Sebab mereka duduk ramai, apabila seorang pembersih tapi ada yang tak jadi pembersih maka semua jadi gila join tak bersih sebagai satu protes bersama. "Dia ada mentaliti yang berfikiran kolot walaupun berpelajaran seperti pelajar, sebab bagi mereka, aku masih belajar dan aku hanya menyewa," demikian komen netizen. Namun ramai turut berpandangan, sikap pembersih atau pengotor seseorang tidak sewajarnya diukur mengikut status pelajar atau profesional kerana pokok pangkalnya ia adalah sikap individu itu sendiri serta didikan sejak kecil. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube