HAJAT mahu mencari pendapatan sampingan sambil belajar, namun malangnya ditipu pelanggan pula. Begitulah nasib yang menimpa seorang gadis yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan dengan menawarkan khidmat pembayaran tunai semasa serahan (COD). Menerusi satu perkongsian, gadis yang berperanan sebagai ejen jualan bagi peniaga lain ini memberitahu dia menerima tempahan berupa dua pek popia dan sebiji kek daripada seorang pembeli. Bukan setakat itu, pembeli yang merupakan seorang wanita itu juga menambah lagi pesanan berupa dua wangian, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM121. Antara alasan yang diberikan pelanggan. Namun setibanya di rumah pembeli yang beralamat di Melaka, pembeli tersebut tidak muncul malah beberapa panggilan telefon juga tidak dijawabnya. “Dik, maafkan akak tengah cuci ayah buang besar. Ayah sakit dik, dia buang air besar dalam lampin pakai buang,” balas pembeli menerusi kiriman WhatsApp selepas itu. Tidak terhenti di situ, pembeli berkenaan kemudian meminta untuk menukar lokasi pertemuan iaitu di sebuah stesen minyak di Klebang, Melaka, namun dia sekali lagi terpaksa menunggu lama. “Kena 'sidai' nak dekat 40 minit. Lokasi yang dia hantar pun dia dah padam,” kata gadis itu sambil berkongsi tangkap layar mesej menerusi WhatsApp. Gadis itu akhirnya berjaya menyerahkan pesanan kepada pembeli pada waktu petang. Bagaimanapun sehingga ke malam, pembeli tersebut didakwa belum membuat bayaran melalui pindahan (transfer) ke akaun bank peniaga. ARTIKEL BERKAITAN: Banyak kali terlepas jadi mangsa tipu COD, lelaki tak percaya ‘postage’ gigit jari masuk juga perangkap penyangak - “Enam minit lesap RM9,000” ARTIKEL BERKAITAN: “Duit tak ada gatal tangan nak beli” - Rider, seller asyik ‘kena game’ COD barang pelanggan B40! Puas menghubungi pembeli terbabit berkali-kali, malangnya tiada satu pun yang dijawab. Alasan yang diberikan selepas tidak membayar seperti yang dijanjikan. Setelah puas mengelak, pembeli itu mengirimkan mesej memohon maaf atas kelewatannya membuat bayaran. “Akak minta maaf tau sebab lewat bayar. Akak sekarang belum ada duit. Akak bayar 5 November ni, akak janji akak bayar. Akak dapat gaji 5 hari bulan, akak janji dengan nama Allah. “Paling lewat petang dik. Akak minta ampun dan maaf sangat sebab lewat bayar dik,” demikian menurut mesej yang dikongsikan. Sungguhpun peniaga itu cuba memahami situasi pembeli tersebut, namun hakikatnya dia juga berdepan masalah kerana barang yang diniagakan adalah milik orang lain. Baru mula bisnes nak cari duit. COD pun pinjam kenderaan orang. PENJUAL Difahamkan, pembeli berkenaan masih belum melunaskan hutangnya yang tertunggak selepas lebih seminggu hingga menyebabkan penjual terpaksa menularkannya di laman sosial. “Sesiapa yang kenal akak scammer ni tolong suruh dia hubungi saya untuk bayar hutang. Saya dah habis husnuzon dah ni. “Kata nak bayar tapi tak bayar. Dah bagi peluang seminggu, telefon banyak kali tak dapat, WhatsApp satu tick. Telefon pakai nombor lain pun tak dapat,” katanya. Selain popia dan kek, wanita berkenaan turut membeli produk wangian. Menurut gadis itu, dia yang merupakan pelajar baru berjinak-jinak dalam perniagaan bagi mencari pendapatan sampingan namun kecewa dengan sikap pembeli tidak bertanggungjawab. “Baru mula bisnes nak cari duit. COD pun pinjam kenderaan orang. Saya struggle cari rezeki tapi akak ni lagi buat saya susah. “Tak tahu nak cakap apa dah. Sampai rasa lantak kau la kak, nanti kau jawab dengan Tuhan. Kepada akak yang hutang saya tu, kalau ternampak gambar akak ni minta tolong bayar. “Saya boleh maafkan, janji akak bayar sebab ni bukan barang saya je, barang orang sekali. Saya pula yang rugi dah kena bayar dekat owner sebab sikap akak ni,” katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube