suria

Kejutan di pagar sekolah, pelajar perempuan pulang diiringi 3 bodyguard... Awas bakal suami!

Amerul (kanan) berkata mereka sepakat menjemput adik perempuannya di sekolah sebagai satu kejutan.

MACAM diiringi bodyguard!

Begitulah gambaran video tular menunjukkan tiga beradik lelaki yang menjemput adik perempuan mereka pulang dari sekolah.

Video yang dirakam di perkarangan sebuah sekolah di Batu Pahat, Johor itu meraih 2.6 juta tontonan selepas ia dikongsi menerusi platform TikTok.

am1

Keluarga besar Amerul.

Bercakap kepada mStar, Amerul Zakry Kamaruddin, 24, berkata kesemua adik-beradiknya ada di Johor pada minggu lalu sempena majlis tahlil arwah bapa tiri mereka.

"Asalnya ada tahlil sempena hari ke-40 kematian arwah bapa tiri. Jadi adik-beradik yang kerja jauh pun balik untuk buat persiapan. Jadi, kami empat beradik lelaki sepakat nak pergi jemput adik perempuan balik sekolah.

"Adik perempuan saya, Fifi kini tingkatan empat. Dalam video itu, kami tiga beradik lelaki jemput Fifi dan iringi dia macam bodyguard. Adik saya yang seorang lagi tolong rakam video.

Adik-beradik juga yang akan usung mayat kita dan bacakan Yassin. Jadi selagi hidup, hargai mereka.

AMERUL ZAKRY KAMARUDDIN

"Suka-suka nak buat kejutan, tunggu dia depan pagar sekolah. Lagipun jarang kami semua dapat berkumpul sama-sama. Ibaratnya, kalau ada orang nak kacau adik, kena hadap tiga abangnya dulu," ujar Amerul.

Menurut Amerul yang kini bertugas sebagai pengurus di Suria Gym Group Sdn Bhd di Senai, dia juga tidak menyangka video berkenaan akan meraih perhatian netizen di aplikasi TikTok.

Malah, ramai netizen turut tumpang gembira melihat keakraban hubungan itu memandangkan ramai golongan lelaki sukar menunjukkan kasih sayang mereka buat adik perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup ‘tolak’ pencen demi gaji tiga kali ganda, wanita ini tak menyesal berhenti kerja gomen... Selesa jadi bodyguard usahawan lelaki!

ARTIKEL BERKAITAN: Lama hidup ketakutan sampai bayar 2 bodyguard 16K setiap bulan, Niena akhirnya lapor polis - “Saya dibaling balang shisha”

"Saya post biasa je di TikTok, tak jangka viral sampai macam tu. Alhamdulillah, saya dapat komen-komen positif daripada netizen. Ramai yang seronok tengok hubungan adik-beradik kami.

"Ini merupakan didikan ibu memandangkan kami berasal dari broken family. Jadi saya berusaha sedaya upaya untuk jaga adik-beradik," ujar Amerul yang juga anak kedua daripada tujuh beradik.

Dalam pada itu, Amerul juga ada pesanan buat segelintir lelaki di luar sana agar merendahkan ego mereka dalam berkasih sayang bersama adik-beradik dan keluarga.

"Mungkin agak kasar sikit, tapi sebenarnya walau apa pun terjadi, adik-beradik juga yang akan usung mayat kita dan bacakan Yassin. Jadi selagi hidup, hargai mereka.

am3

Tangkap layar video yang tular di TikTok.

"Betul saya akui ramai yang malu nak tunjuk kasih sayang. Pada saya, buat apa nak malu dengan adik-beradik sendiri. Tunjukkan saja kasih sayang itu. Pasti mak ayah pun bangga," ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen video viral itu, ramai netizen turut memuji sifat yang ditunjukkan Amerul buat adik-beradiknya yang wajar dijadikan sebagai ikutan.

"Untungnya adik ada abang kan. Boleh jadi bodyguard.

"Untunglah. Kasih sayang abang kepada adik tiada ganti.

"Good luck untuk bakal suami adik dia nanti," tulis netizen berseloroh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain